KEMAHIRAN PENGGUNAAN BAHASA SEBAGAI SKIL UNIVERSAL DALAM IMPROVASI KEYAKINAN DAN KETERAMPILAN JATI DIRI AKADEMIK EKSPATRIAT DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
Keywords:
Akademik Ekspatriat, Penggunaan Bahasa Tempatan, Keyakinan dan Keterampilan DiriAbstract
Secara dasarnya, perbincangan dalam kertas kerja ini memfokuskan pada penerokaan elemen jati diri yang berkait rapat dengan penguasaan bahasa dalam kalangan individu yang menjalani ekspatriasi melalui usaha sendiri. Justeru itu, mereka mengambil inisiatif proaktif bagi menempatkan diri mereka berada pada kedudukan yang selesa dalam organisasi bagi peningkatan kerjaya di negara tuan rumah. Maka perbincangan dalam kertas kerja ini terarah untuk menerokai perhubungan elemen kemahiran penggunaan bahasa dalam transformasi jati diri serta keyakinan dalam kalangan ahli akademik ekspatriat di universiti awam Malaysia. Dalam maksud yang lain, situasi merujuk kepada sikap proaktif akademik ekspatriat berusaha untuk menggantikan identiti dan nilai budaya negara asal seperti melepaskan kelaziman berbahasa ibunda dan menguasai bahasa tempatan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi semasa seterusnya penerimaan oleh masyarakat setempat. Kajian menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi temu bual semi struktur ke atas 30 pensyarah berstatus kakitangan antarabangsa di universiti awam Malaysia. Hasil dapatan kajian ini membuktikan keyakinan diri difahami berperanan dalam membangunkan pemikiran dan tindakan seseorang dalam komunikasi dan interaksi bersama struktur sosial dan fenomenologi tersebut mengikat seseorang dengan seseorang yang lain. Justeru itu dalam konteks kajian ini, keyakinan diri dilihat sebagai lebih bersifat peribadi dan dinamik. Seiring dengan perbincangan kertas kerja ini, pentafsiran ekspatriat berhubung improvasi keyakinan dan keterampilan jati diri serta membantu penyelidik lebih memahami tindakan ekspatriat dalam menginterpretasikan keyakinan diri yang diperolehi dari ekspatriasi tersebut