PERGANTUNGAN SERTA RISIKO PENGAMBILAN DADAH DALAM KALANGAN WANITA YANG MENGGUNAKAN PRODUK PELANGSINGAN

Authors

  • Yusramizza Md Isa @ Yusuff Universiti Utara Malaysia
  • Nor Azizah Zainal Abidin Universiti Utara Malaysia
  • Nur Syakiran Akmal Ismail Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Dadah Berbahaya, Produk Pelangsingan, Kriminologi, Wanita

Abstract

Wanita pada zaman ini dapat memperolehi dan menggunakan produk pelangsingan dengan mudah rentetan lambakan produk tersebut di dalam pasaran tempatan. Kecenderungan wanita untuk mengambil produk pelangsingan adalah berkait dengan minat diri atau tuntutan kerjaya untuk tampil cantik serta langsing. Dogma ini juga didorong oleh persepsi masyarakat Malaysia yang acapkali menghubungkan tafsiran kecantikan dengan penampilan yang menarik serta bentuk badan yang langsing. Walau bagaimanapun, tidak semua produk pelangsingan yang berada di dalam pasaran mematuhi piawaian perundangan. Terdapat produk pelangsingan yang mengandungi campuran dadah berbahaya. Pengambilan produk pelangsingan tersebut berisiko mengakibatkan kesan-kesan negatif. Artikel ini digarap bagi mendedahkan hasil kajian penyelidik berkaitan kesan pergantungan terhadap produk pelangsingan yang dialami oleh pengguna wanita yang berada dalam industri yang memerlukan mereka berpenampilan menarik serta langsing. Di samping itu, kajian ini meninjau risiko pengambilan dadah berbahaya atau campuran dadah berbahaya dalam produk pelangsingan dalam kalangan responden. Bagi mencapai objektif-objektif kajian, penyelidik telah menemubual 14 orang wanita yang berkerja dalam industri penerbangan, peragaan serta hiburan dan menggunakan produk pelangsingan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan produk pelangsingan yang mengandungi dadah berbahaya boleh membawa kesan pergantungan kepada produk pelangsingan tersebut secara fizikal serta secara psikologi. Risiko wanita untuk mengambil dadah berbahaya atau campuran dadah berbahaya dalam produk pelangsingan pula tertakluk kepada faktor-faktor usia, pengalaman, kesedaran kesihatan dan peraturan bidang pekerjaan. Artikel ini merumuskan bahawa penggunaan produk pelangsingan berpotensi untuk mengakibatkan pergantungan serta risiko pengambilan dadah berbahaya. Artikel turut mencadangkan peningkatan usaha pendidikan serta penyaluran informasi yang sahih kepada masyarakat tentang kesan dan risiko produk pelangsingan tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Yusramizza Md Isa @ Yusuff, Nor Azizah Zainal Abidin, & Nur Syakiran Akmal Ismail. (2024). PERGANTUNGAN SERTA RISIKO PENGAMBILAN DADAH DALAM KALANGAN WANITA YANG MENGGUNAKAN PRODUK PELANGSINGAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/723