FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI WARTAWAN DALAM PEMBINGKAIAN BERITA PILIHAN RAYA KECIL
Keywords:
Pembingkaian, Wartawan, Bilik Berita, Media Cetak, Pilihan Raya KecilAbstract
Media merupakan salah satu platform dalam penyampaian maklumat kepada khalayak. Peranan yang dimainkan oleh media dalam pembingkaian isu terutamanya menjadi sangat penting apabila ia dapat memberi kesan bagaimana seseorang khalayak itu berfikir. Oleh itu, artikel ini menganalisis pembinaan bingkai dengan memfokuskan kepada berita pilihan raya. Temu bual separa berstruktur bersama wartawan dilakukan sebagai kaedah dalam mendapatkan data adalah untuk menjelaskan bagaimana faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi wartawan dalam bilik berita memberi kesan kepada pembingkaian berita pilihan raya kecil di Malaysia. Informan bagi temu bual bersemuka ini ialah pengamal media Malaysia iaitu wartawan akhbar cetak (Utusan Malaysia dan Berita Harian) daripada latar belakang, peranan yang berbeza dan berpengalaman dalam kewartawanan politik. Sebanyak tiga informan daripada Berita Harian dan tiga informan daripada Utusan Malaysia. Wartawan yang ditemubual merupakan wartawan yang berpengalaman dalam melaporkan berita bingkai pilihan raya kecil atau umum telah ditemu bual. Hasil kajian mendapati bahawa, terdapat faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi wartawan dalam pembinaan bingkai berita. Bagaimanapun, terdapat faktor yang lebih dominan memberi kesan kepada pembingkaian berita pilihan raya kecil di Malaysia iaitu faktor dalaman wartawan. Komponen pendidikan wartawan di bawah faktor dalaman memainkan peranan penting dalam memberi pemahaman dalam menyampaikan laporan berita kepada khalayak. Pengkhususan bidang yang terdapat pada wartawan, memberi impak kepada penulisan berita di samping mematangkan pemikiran wartawan dalam pemilihan tema, arah berita dan sumber walaupun faktor dalaman organisasi dan faktor luaran memberi kesan kepada pembikinan berita.