KEINDAHAN SIMBOL DAN MAKNA DALAM PANTANG LARANG MASYARAKAT MELAYU

Authors

  • Norazimah Zakaria University Pendidikan Sultan Idris
  • Mazarul Hasan bin Mohamad Hanapi University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Pantang Larang, Semiotik, Simbol, Wanita, Kepercayaan

Abstract

Secara umumnya pantang larang bermaksud perbuatan yang dilarang untuk dilakukan. Pantang larang ini wujud dalam sesebuah adat dan kepercayaan sesuatu kaum. Dalam konteks masyarakat Melayu, pantang larang terbentuk akibat kepercayaan terhadap kekuatan kuasa jahat. Masyarakat Melayu percaya bahawa pelanggaran pantang larang akan menyebabkan berlakunya kecelakaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simbol dalam pantang larang masyarakat Melayu dan menghuraikan bagaimana pantang larang tersebut mempunyai makna yang tersendiri dalam pemikiran masyarakat Melayu tradisi. Teori Semiotik Pierce akan dimanfaatkan bagi mengkaji simbol yang terdapat dalam pantang larang tersebut. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan analisis kandungan teks sebagai medium untuk meneliti unsur simbol yang terdapat dalam buku Adat dan Pantang Larang Orang Melayu. Hasil analisis kajian ini mengetengahkan jenis pantang larang berkaitan ibu mengandung dan pantang larang berkaitan pemakanan. Unsur simbol yang diketengahkan dalam pantang larang berkaitan ibu mengandung ialah tumbuhan, haiwan, benda dan perbuatan. Pantang larang berkaitan pemakanan pula mengetengahkan simbol perbuatan, benda dan makanan. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan unsur simbol dalam menyatakan pantang larang masyarakat Melayu adalah bertujuan sebagai petunjuk dan panduan cara hidup. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu menggunakan unsur simbol dalam pantang larang sebagai membentuk perilaku bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan mempunyai gaya hidup yang baik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Norazimah Zakaria, & Mazarul Hasan bin Mohamad Hanapi. (2024). KEINDAHAN SIMBOL DAN MAKNA DALAM PANTANG LARANG MASYARAKAT MELAYU. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 3(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/726