HALANGAN DALAM RESOSIALISASI: SATU ANALISIS DARI KONTEKS MALAYSIA
Keywords:
Resosialisasi, Juvana, Halangan, Institusi Pemulihan Juvana, MalaysiaAbstract
Proses resosialisasi adalah penting bagi memastikan juvana di institusi pemulihan berubah menjadi sebagaimana yang diharapkan oleh masyarakat. Namun proses ressosialisasi tidak akan berjaya sepenuhnya jika terdapatnya halangan-halangan tertentu. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halangan-halangan yang menggugat keberhasilan proses resosialisasi juvana. Data kajian ini diperolehi melalui sesi temu bual secara mendalam dengan responden kajian dan pemerhatian. Melalui pensampelan bertujuan, seramai 27 orang kakitangan institusi pemulihan dan 23 orang juvana telah terpilih menyertai kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukan, halangan-halangan yang menggugat proses resosialisasi adalah seperti faktor juvana (masalah tingkah laku juvana: tingkah laku tidak berminat dalam pembelajaran, kelas agama, aktiviti-aktiviti, program), faktor institusi pemulihan (kemudahan kurang memuaskan, kekurangan kewangan), faktor keluarga juvana (sosioekonomi keluarga, sikap keluarga juvana tidak bertanggungjawab) dan faktor masyarakat (persepsi negatif anggota masyarakat). Kesimpulannya melalui dapatan ini memberi gambaran bahawa terdapatnya halangan dalam usaha meresosialisasi juvana daripada konteks Malaysia. Sekiranya halangan ini tidak ditangani ianya bukan sahaja memberi impak negatif kepada juvana, malah terhadap Malaysia juga.