STRATEGI MENINGKATKAN TAHAP PENERAPAN NILAI PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

Authors

  • Muhammad Fuad Othman Universiti Utara Malaysia
  • Zaheruddin Othman Universiti Utara Malaysia
  • Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah Universiti Utara Malaysia
  • Fairol Halim Universiti Utara Malaysia
  • Abdul Rahman Abdul Aziz Universiti Utara Malaysia
  • R Sivaperegasam P Rajanthiran Universiti Utara Malaysia
  • Nik Fauziliana Mohd Tamizi Universiti Malaysia Perlis

Keywords:

Penilaian Konsep Perpaduan, Strategi Meningkatkan Perpaduan, Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Abstract

Perpaduan dalam masyarakat menjadi tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu negara. Oleh itu, untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai, perpaduan antara kaum harus terus dipupuk. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai apakah strategi untuk meningkatkan tahap penerapan nilai perpaduan dalam kalangan pelajar di IPT. Kajian ini berbentuk kuantitatif, persoalan kajian bagi kajian ini adalah apakah strategi untuk meningkatkan tahap penerapan nilai perpaduan dalam kalangan pelajar IPT. Kajian lapangan dilaksanakan dan pengumpulan data adalah daripada kaedah edaran borang soal selidik. Sebanyak 1000 borang soal selidik telah diedarkan dan sebanyak 478 borang dikembalikan. Hasil dapatan kajian mendapati majoriti pelajar di peringkat IPT mempunyai tahap kefahaman peringkat serdehana terhadap konsep perpaduan yang diaplikasikan oleh negara untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Di samping itu, pelajar-pelajar ini juga kurang bersedia untuk berasimilasi bersama kaum lain. Ekoran daripada itu, penekanan yang lebih giat perlu dilaksanakan seperti memupuk semangat perpaduan yang perlu bermula dari institusi kekeluargaan dan di peringkat prasekolah lagi. Di samping itu, penekanan juga harus diperkasakan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa rasmi di IPT. Adalah dicadangkan juga agar penambahbaikan sistem pembelajaran di universiti agar setiap program yang dijalankan dapat memupuk semangat perpaduan dan memberi pendedahan kepada keterbukaan dan penerimaan pelbagai kaum demi memupuk perpaduan nasional yang lebih utuh. Kajian ini telah ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui skim Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Muhammad Fuad Othman, Zaheruddin Othman, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Fairol Halim, Abdul Rahman Abdul Aziz, R Sivaperegasam P Rajanthiran, & Nik Fauziliana Mohd Tamizi. (2024). STRATEGI MENINGKATKAN TAHAP PENERAPAN NILAI PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPT. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 3(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/734