PEMBUATAN KEPUTUSAN PEMBELIAN ATAS TALIAN (ONLINE): KAJIAN KES DI MALAYSIA
Keywords:
Pembelian Atas Talian, Gaya Pembuatan Keputusan, PenggunaAbstract
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan pembelian atas talian (online) di Malaysia. Tumpuan kajian ini adalah berkaitan tentang sikap pengguna, faktor-faktor yang mempengaruhi mereka untuk membuat keputusan pembelian secara atas talian. Pengkaji menilai kriteria-kriteria yang boleh mendorong pengguna membuat keputusan apabila membeli dalam talian. Terdapat tiga pemboleh ubah tidak bersandar yang dikaji iaitu, harga produk, kualiti maklumat produk dan ulasan produk bagi mendapatkan data kajian. Kajian ini dirangka dengan menggunakan kaedah kuantitatif di mana soalan kaji selidik diedarkan kepada seramai 122 orang responden melalui Google Form dan diedarkan melalui atas talian secara rawak yang memerlukan rakyat Malaysia yang berumur di antara 18 dan keatas tidak mengira jantina, bangsa, pendapatan isi rumah dan pendidikan seseorang. Data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Secara keseluruhannya, berdasarkan kajian yang dilakukan tidak dinafikan bahawa terdapat ramai pengguna membuat pembelian secara atas talian berbanding membeli secara terus di premis-premis perniagaan memandangkan teknologi pada hari ini semakin berkembang dan capaian Internet juga semakin luas dan mudah sesuai dengan perubahan gaya hidup masyarakat yang semakin sibuk pada masa kini.