FAKTOR GANJARAN DAN JAMINAN KERJA DALAM MEMPENGARUHI HASRAT UNTUK BERHENTI KERJA

Authors

  • Samihah Suhail Universiti Utara Malaysia
  • Norsiah Mat Universiti Utara Malaysia
  • Zuraida Hassan Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Sektor Perhotelan, Ganjaran, Jaminan Kerja dan Pekerja Hotel

Abstract

Sektor pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini berdasarkan statistik semasa bagi tahun 2019 yang merekodkan peningkatan ketibaan pelancong asing sebanyak 2.7 peratus, dengan pertambahan pendapatan sebanyak 6.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sehubungan itu, sektor perkhidmatan merupakan komponen penting dalam dunia pelancongan yang mendatangkan hasil serta menyumbang kepada pertumbuhan peluang pekerjaan dan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, kadar pusing ganti yang tinggi dalam industri perhotelan telah menjadi perhatian kepada organisasi dan isu utama kepada jabatan sumber manusia. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor ganjaran dan jaminan kerja terhadap hasrat untuk berhenti kerja. Kajian ini melibatkan responden dalam kalangan pekerja hotel yang beroperasi di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Data kajian ini dikutip menggunakan borang soal selidik yang diedarkan manakala untuk proses analisis data pula melibatkan penggunaan aplikasi Statistical Packages for Social Science (SPSS). Hasil analisis data mendapati bahawa faktor ganjaran mempunyai hubungan negatif yang signifikan terhadap hasrat untuk berhenti kerja dalam kalangan responden kajian. Sementara itu, faktor jaminan kerja pula tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap hasrat untuk berhenti kerja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Samihah Suhail, Norsiah Mat, & Zuraida Hassan. (2024). FAKTOR GANJARAN DAN JAMINAN KERJA DALAM MEMPENGARUHI HASRAT UNTUK BERHENTI KERJA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 3(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/745