KONSEP PENDIDIKAN CINTA DALAM ISLAM
Keywords:
Cinta Remaja, Pendidikan Cinta dan IslamAbstract
Pendidikan merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Islam memandang pendidikan sebagai media untuk menjadikan manusia agar memiliki nilai-nilai Islam dalam dirinya dan mengamalkannya dalam setiap perilakunya. Akan tetapi pendidikan dewasa ini lebih diorientasikan kepada usaha untuk melahirkan pekerja yang memiliki intelektual dan keahlian dalam segala bidang, akibatnya nilai (values) yang merupakan intipati utama dalam proses pendidikan terabai begitu sahaja. Akibat daripada itu terjadilah berbagai-bagai masalah sosial serta keganasan dalam kalangan remaja seperti seks bebas, hamil di luar nikah, pembuangan bayi, hilang tumpuan dalam pembelajaran, bunuh diri dan pembunuhan. Diantara puncanya yang didapati oleh sebahagian penyelidik adalah kerana pemahaman dan pengamalan cinta yang salah dalam kalangan remaja. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan bagaimana konsep pendidikan cinta yang sebenar menurut Islam. Kajian ini dapat memberi kefahaman bagi peserta didik akan cinta yang sebenar. Penulis mendapati bahawa konsep pendidikan cinta dalam Islam harus memenuhi tiga prinsip utama iaitu pertama; Tauhid, pengakuan atas realiti Tuhan Yang Maha Esa dan mengabdikan dirinya hanya kepada Allah SWT sahaja. Kedua; Nubuwah iaitu seluruh pengabdian hamba kepada Allah SWT menepati cara yang ditunjukkan NabiNya. Ketiga; Pasrah bahawa seluruh pengabdian itu dilakukan hanya mengharapkan keredaanNya sahaja. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pendidikan cinta dalam kajian pendidikan Islam dapat dijumpai melalui pendidikan akidah, agama Islam dan akhlak.