CIRI PENGELUARAN DAN KEPELBAGAIAN PRODUK BERASASKAN AGROPELANCONGAN KOPI DI TENOM, SABAH

Authors

  • Najwa Musain Musli @ Thomas Universiti Malaysia Sabah
  • Jabil Mapjabil Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Pengeluaran, Kepelbagaian produk, Agropelancongan, Kopi

Abstract

Pekan Tenom adalah sinonim dengan produk kopi yang menjadi salah satu destinasi tarikan agropelancongan yang popular di Sabah. Namun begitu, kesistimewaan produk kopi Tenom yang menjadi ramai tarikan pengunjung adalah kurang diketahui. Untuk itu, penelitian terhadap ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk berasaskan agropelancongan kopi ini adalah relevan dan wajar untuk dikaji, bagi mengetahui keistimewaan produknya serta jenis produk yang ditawarkan oleh mereka. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk agropelancongan kopi di daerah Tenom, Sabah. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menemu bual penyelia kilang industri Fatt Choi. Teori pendefinisian agropelancongan adalah diaplikasikan untuk menentukan definisi agropelancongan kopi Tenom berdasarkan tarikan yang ditawarkan. Dapatan kajian menunjukkan pengeluaran jenis kopi adalah berdasarkan kesesuaian iklim yang panas di daerah Tenom. Jenis kopi Robusta dan Arabika merupakan kopi yang sesuai dengan keadaan di daerah tersebut. Pihak pengusaha agropelancongan kopi turut menghasilkan pelbagai jenis perisa kopi. Selain daripada penghasilan produk minuman, agropelancongan kopi Tenom turut menwujudkan tarikan lain seperti kafe, ladang kopi, cabin dan cottage. Sebagai rumusannya, agropelancongan kopi Tenom mempunyai potensi yang besar untuk terus membangun bagi mempromosikan ia sebagai destinasi agropelancongan yang berdaya saing sekali gus mampu meningkatkan pendapatan di samping memberi manfaat sampingan kepada komuniti setempat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Najwa Musain Musli @ Thomas, & Jabil Mapjabil. (2024). CIRI PENGELUARAN DAN KEPELBAGAIAN PRODUK BERASASKAN AGROPELANCONGAN KOPI DI TENOM, SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 3(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/759