PERUBAHAN LANSKAP TEKNOLOGI MEDIA: KESAN, CABARAN DAN MASA DEPAN DUNIA KEWARTAWANAN

Authors

  • Jamilah Hamzah Universiti Utara Malaysia
  • Khairunnisa Kamal Azi Universiti Utara Malaysia
  • Nurul Hidayah Hamid Universiti Utara Malaysia
  • Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor Universiti Utara Malaysia
  • Norsiah Abdul Hamid Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Kewartawanan, Kemahiran, Cabaran, Teknologi, Transisi, Persaingan

Abstract

Kemunculan Internet di Malaysia pada 1998 telah merubah bentuk dunia kewartawanan daripada konvensional kepada digital. Untuk itu, semua wartawan perlu bersiap siaga dengan pelbagai kemahiran demi memenuhi kehendak khalayak semasa agar tidak ketinggalan. Bagaimanapun, tidak semua wartawan bersedia berdepan perubahan yang berlaku dalam dunia kewartawanan hingga memerlukan mereka menjadi seorang yang boleh melaksanakan pelbagai tugas pada satu masa (multitasking) sama ada dari segi menulis berita, merakam foto sehingga menyunting video. Kajian ini menggunakan temubual mendalam melibatkan lapan orang wartawan media cetak dan penyiaran berbilang kaum terdiri daripada Melayu, Cina dan India di dua negeri di Malaysia dengan masing-masing berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan. Objektif kajian adalah menyelidik pandangan wartawan berhubung dunia kewartawanan, antaranya dari segi kemahiran, teknologi dan cabaran. Dapatan kajian mendapati wartawan tidak kira sama ada media cetak ataupun penyiaran kini berdepan dengan cabaran besar dalam mengekalkan industri percetakan terutamanya yang semakin menurun jualan di pasaran. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa semua agensi kini sedang giat melakukan transisi dari media konvensional kepada media digital bagi mempersiapkan wartawan dan membolehkan media arus perdana berkenaan terus kekal relevan dalam industri ini. Kajian turut menunjukkan bahawa saingan daripada platform media sosial menyaksikan agensi media turut sama mengeksploitasikan platform tersebut untuk bersaing secara sihat dalam menyediakan laporan berita beretika mengikut ‘housestyle’ masing-masing selain berpandukan sumber yang sahih.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Jamilah Hamzah, Khairunnisa Kamal Azi, Nurul Hidayah Hamid, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor, & Norsiah Abdul Hamid. (2024). PERUBAHAN LANSKAP TEKNOLOGI MEDIA: KESAN, CABARAN DAN MASA DEPAN DUNIA KEWARTAWANAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 3(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/762