KONSEP 1MALAYSIA: KEBERKESANANNYA TERHADAP PELAJAR IPT
Keywords:
Keberkesanan Konsep 1Malaysia, Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)Abstract
Kajian ini membincangkan mengenai sejauh mana keberkesanan konsep 1Malaysia terhadap perpaduan dalam kalangan pelajar IPT. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis adakah konsep 1Malaysia memberi kesan terhadap nilai perpaduan dalam kalangan pelajar IPT. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kuantitatif medium edaran borang soal selidik. Hasil dapatan kajian mendapati majoriti pelajar di peringkat IPT secara langsung menerima impak dari konsep perpaduan yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia. Akan tertapi masih terdapat sebahagian pelajar IPT yang merasakan konsep 1Malaysia tidak memberi kesan terhadap nilai perpaduan dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Ekoran daripada itu, penekanan yang lebih giat perlu dilaksanakan seperti memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar IPT. Pemupukan ini seharusnya bermula dari institusi keluarga dan di peringkat prasekolah lagi. Adalah dicadangkan juga agar penambahbaikan sistem pembelajaran di universiti agar setiap program yang dijalankan dapat memupuk semangat perpaduan dan memberi pendedahan kepada keterbukaan dan penerimaan pelbagai kaum demi memupuk perpaduan nasional yang lebih utuh. Kajian ini telah ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui skim Fundamental Research Grant Scheme (FRGS).