KEPRIHATINAN UMAT ISLAM TERHADAP ANCAMAN IDEOLOGI MODEN: SATU KEPERLUAN
Keywords:
Keprihatinan, Umat Islam, Ideologi Moden, KeperluanAbstract
Umat Islam sehingga ke hari ini masih berdepan dengan cabaran ideologi moden dalam tempoh masa yang agak lama. Kemunculan ideologi moden seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme dan lain-lain menjadi suatu musibah besar yang boleh mengikis kepercayaan umat Islam terhadap Islam sendiri. Oleh itu, artikel ini membincangkan keprihatinan umat Islam terhadap ancaman ideologi moden yang merupakan suatu keperluan pada masa kini. Artikel ini berbentuk kualitatif sepenuhnya yang menggunakan metode pengumpulan data dan penganalisisan data yang melibatkan kaedah kepustakaan dari bahan-bahan bercetak dengan menggunakan perisian N-Vivo 2.0. Artikel ini mendapati bahawa kepercayaan umat Islam semakin terancam kerana sebilangan umat Islam sendiri lebih suka memilih ideologi moden sebagai gaya sosial dalam kehidupan berbanding ajaran Islam. Mereka beralasankan kemodenan dan keperluan kemajuan masa kini yang secara tidak langsung menyebabkan Islam semakin tersisih daripada teras kepercayaan umat Islam. Justeru, umat Islam perlu digerakkan kembali agar menyedari ancaman dan bahaya ideologi moden ini serta kembali kepada pengamalan agama Islam yang sebenar.