APLIKASI KAEDAH FUZZY DELPHI TERHADAP ITEM EFIKASI KENDIRI KEPIMPINAN DAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN WANITA PEMBUAT KEPUTUSAN

Authors

  • Nuha Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norasmah Othman Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kepimpinan Wanita, Efikasi Kendiri Kepimpinan, Kemahiran Kepimpinan, Kaedah Fuzzy Delphi (FDM), Kesahan Kandungan, Kesepakatan Pakar

Abstract

Dasar 30 peratus wanita pembuat keputusan di Malaysia masih lagi tidak tercapai walaupun telah memasuki tahun 2021. Situasi ini berlaku disebabkan oleh bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan sama ada dalam sektor awam mahupun swasta masih lagi rendah. Faktor efikasi kendiri kepimpinan serta kemahiran kepimpinan yang rendah dalam kalangan wanita merupakan penyumbang kepada kekurangan wakil wanita di bahagian pembuat keputusan. Justeru, bagi memenuhi Dasar 30 peratus wanita pembuat keputusan, kajian secara empirikal berkenaan pengukuran tahap efikasi kendiri kepimpinand dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan penjawat awam wanita Gred 48 dan ke atas perlu dijalankan. Satu set soalan selidik yang mengandungi item-item yang mengukur dimensi efikasi kendiri kepimpinan dan kemahiran kepimpinan telah dibina. Bagi memastikan item-item tersebut mengukur dimensi yang ingin diukur, proses kesahan kandungan perlu dijalankan. Justeru, kajian ini mengaplikasikan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) untuk mendapatkan kesepakatan pakar dalam menentukan item-item yang relevan bagi mengukur dimensi efikasi kendiri kepimpinan dan kemahiran kepimpinan wanita pembuat keputusan. Seramai 14 orang panel pakar telah terlibat dalam kajian ini dan semua data yang dikumpul dianalisis mengggunakan kaedah FDM. Hasil analisis menunjukkan sebanyak 30 item bagi dimensi efikasi kendiri kepimpinan dan 25 item bagi dimensi kemahiran kepimpinan telah dapat memenuhi kesemua syarat iaitu nilai threshold (d) ≤ 0.2, nilai α-cut ≥ 0.5 dan peratus kesepakatan melebihi 75%. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada inovasi dalam aplikasi kaedah FDM dalam menilai kesahan kandungan bagi pembinaan item yang mengukur dimensi seperti efikasi kendiri kepimpinan dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan wanita.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Nuha Abdullah, & Norasmah Othman. (2024). APLIKASI KAEDAH FUZZY DELPHI TERHADAP ITEM EFIKASI KENDIRI KEPIMPINAN DAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN WANITA PEMBUAT KEPUTUSAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 4(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/777