PENGGUNAAN KOLABORATIF DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA
Keywords:
Makanan, Penggunaan Kolaboratif, Perkongsian EkonomiAbstract
Isu global penggunaan berlebihan dan pembaziran makanan telah menjadikan ia sesuatu yang relevan untuk dibincangkan. Peningkatan bilangan populasi dunia telah menjadikan perkongsian ekonomi melalui kaedah penggunaan kolaboratif sebagai satu inisiatif penting dalam menangani masalah sosial seperti pembaziran makanan. Tambahan lagi, keadaan pandemik Covid-19 telah memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada ekosistem perniagaan domestik dalam kebanyakan industri di Malaysia. Dalam masa yang sama, tingkah laku pengguna juga telah berubah dimana, mereka mewujudkan norma baru dengan memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang melalui konsep penggunaan kolaboratif. Artikel ini membincangkan sorotan literatur berkenaan peranan penggunaan kolaboratif dalam menyelesaikan isu pembaziran makanan yang lazimnya berlaku di negara-negara membangun serta menangani krisis makanan yang berlaku di kebanyakan negara-negara miskin, terutamanya ketika pandemik ini. Pelbagai faktor yang mempengaruhi penggunaan kolaboratif berasaskan makanan yang sering dibincangkan dalam artikel terdahulu juga diketengahkan.