PERSEPSI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI GERIK TERHADAP FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA
Keywords:
Faktor Pemilihan Kerjaya, Minat, Keluarga, Rakan Sebaya, GajiAbstract
Kerjaya merujuk kepada istilah profesion dan perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan. Pemilihan kerjaya yang tepat amat penting untuk memastikan ia bersesuaian dengan kelulusan dan kemahiran yang dimiliki serta minat dan keperibadian seseorang dalam menentukan kejayaan hidup. Justeru itu, satu kajian berkaitan faktor pemilihan kerjaya telah dijalankan. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Kolej Komuniti Gerik terhadap faktor-faktor pemilihan kerjaya. Antara faktor yang dikaji ialah faktor minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan faktor gaji. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 68 pelajar Kolej Komuniti Gerik sesi Julai 2019 telah menjadi responden bagi kajian ini. Kajian menggunakan teknik persampelan rawak mudah untuk membuat pemilihan responden. Data kajian yang diperolehi menerusi borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan skor min dan T-Test. Hasil analisis kajian mendapati bahawa kesemua faktor memperolehi skor min yang tinggi namun faktor keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya iaitu skor min 4.39. Analisis statistik mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor-faktor yang dikaji. Sesungguhnya jantina pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan faktor pemilihan kerjaya bagi kajian ini.