KONSEP SASTERA ISLAM OLEH TAN SRI PROF. DR MOHD KAMAL HASSAN

Authors

  • Adli Yaacob Universiti Islam Antarabangsa

Keywords:

Keindahan, Sastera Islam, Kejelekan, Kebudayaan, Kesenian, Anugerah, Tugas, Nilai, Penyucian Diri

Abstract

Kajian ini mengenai 'Konsep sastera Islam' yang dicetuskan oleh Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan. Seperti mana dimaklumi mauduk ini menjadi panas apabila Kassim Ahmad menyanggah idea sastera Islam yang dicetuskan oleh Shahnon Ahmad pada sekitar tahun lapan pulahan. Kamal Hassan telah mengetengahkan satu idea sastera Islam yang menarik, meskipun agak ringkas tetapi pemahamannya adalah padat. Kemudiannya teknik yang diketengahkan oleh beliau agak berbeza dengan konsep yang dicetuskan oleh tokoh-tokoh lain, maksudnya terdapat 'originaliti' dalam konsepnya, seolah olah Kamal Hassan tidak terpengaruh sama sekali dengan pendapat yang dibicarakan oleh tokoh-tokoh intelektual sebelum ini. Hakikatnya, bidang sastera Islam ini, merupakan antara bidang Kamal Hassan yang utama, dimana beliau adalah tokoh yang terlibat secara langsung dengan proses 'Islamisasi Ilmu'. Maka sastera Islam yang berkaitan dengan Islamisasi adalah bidang kesusasteraan. Didalam konsepnya, Kamal Hassan telah menyimpulkan ada empat perkara penting yang perlu difahami apabila membicarakan tentang sastera Islam; pertama; sekiranya ingin memahami seni, setiap perbandingan dengan idea seni sebagaimana yang difahami oleh dunia Barat perlu dilihat dari kacamata yang berbeza. Kedua; dalam budaya Islam tujuan asasi darinya ialah untuk kemajuan manusia dan ianya tidak termasuk budaya oleh kelompok-kelompok manusia tertentu dalam masa-masa yang tertentu yang menganut agama Islam tetapi melahirkan kebudayaan yang tidak menyumbang kepada kemajuan manusia. Ketiga; kebudayaan Islam tidak bertujuan memperelok atau memperhalus barang-barang tambahan dalam kehidupan manusia. Sebaliknya, ia bertujuan untuk memperindahkan dan memuliakan hidup manusia itu sendiri. Keempat; kebudayaan Islam mempunyai kaitan yang amat rapat dengan agama. Ia juga sarat dengan idea kekuasaan Allah SWT baik sewaktu keagungannya atau kemerosotannya dan ini terserlah dalam lapangan ilmu, seni, sastera atau kebajikan masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Adli Yaacob. (2024). KONSEP SASTERA ISLAM OLEH TAN SRI PROF. DR MOHD KAMAL HASSAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 4(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/792