SUMBANGAN PROFESOR SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS DALAM MENGAGASKAN KONSEP SASTERA ISLAM

Authors

  • Adli Yaacob Universiti Islam Antarabangsa

Keywords:

Konsep Sastera Islam, Al-Haq (Kebenaran), Islamisasi, Hakikat Beragama, Sastera, Karya, Pemikiran

Abstract

Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan seorang intelektual yang berwibawa. Banyak idea ideanya mempengaruhi para ilmuwan di Malaysia dan dunia luar. Beliau merupakan tokoh penting yang mencetuskan idea 'islamisasi' disamping Syed Qutb dan Ismail al-Faruqi. Kajian ini, menjelaskan tentang mencari makna 'al-adab' (faham al-Adab) dalam menentukan teori dan konsep sastera Islam.Mauduk ini berkaitan rapat dengan idea' Islamisasi' yang heboh di bicarakan. Apabila idea Islamisasi diutarakan ada pihak menerima dan ada yang menolok. Banyak pihak boleh menerima islamisasi dalam bidang pendidikan, ekonomi, undang undang dan sebaginya tetapi tidak dalam bidang sastera. Ini kerana sastera adalah sesuatu yang berkaitan dengan khayalan. Apa mungkin khayalan di 'Islamisasi' kan? Kajian ini menjelaskan tentang konsep sastera Islam yang dipaksikan atas dasar 'al-haq' (kebenaran) yang sebenar tidak seperti agama agama lain khususnya Kristian sebagai agama samawi yang mempunyai pengikut terbanyak dunia. 'Al Haq' inilah yang menumbuhkan kebudayaan dalam Islam. Dasar dan ajaran Islam masih suci dan kekal sebagai amanah dari Allah swt, tidak seperti agama Kristian yang telah diubah sehingga hilang sifat 'otentik' nya sebagai agama dari Allah swt. Jesteru hanya kebenaran dapat menghasilkan kebenaran dan hidayah. Sesuatu yang palsu mustahil dapat menghasilkan kebenaran yang sebenar yang mempunyai kaitan kerohanian dengan pencipta, kerana Allah swt hanya menerima yang benar dan ikhlas sahaja dalam urusan agamanya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Adli Yaacob. (2024). SUMBANGAN PROFESOR SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS DALAM MENGAGASKAN KONSEP SASTERA ISLAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 4(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/794