TOK KENALI: PENGGEMBLENGAN MODAL INSAN SATU TINJAUAN TERHADAP GENERASI PRA-KEMERDEKAAN
Keywords:
Ulamaa, Tokoh, Pondok, Murid, Institusi, Ilmu, Jahil, Optimis, Kepulauan MelayuAbstract
Tok Kenali merupakan seorang ulama’ yang boleh dibariskan bersama tokoh saf kepimpinan unggul di nusantara pada kurun ke-20 yang gigih mencari erti kebenaran serta memperjuangkan hak kebebasan terutamanya di negeri Kelantan. Pemilihan Tok kenali sebagai diantara tiga tokoh cendiakawan terhebat merupakan satu subjek yang ideal berdasarkan kepelbagaian kegiatan dan sumbangan beliau dalam merencanakan tamadun ilmu di kepulauan melayu khasnya. Semangat beliau yang ingin melihat satu perubahan dimensi masyarakat melayu pada waktu itu perlu dihargai dan hasrat itu telah berjaya merintis satu fenomena baru dalam membebaskan diri dan masyarakat dari belenggu penjajah dan kejahilan. Sumbangan Tok Kenali amat menyerlah pada tahun 1900 dalam bidang pendidikan dalam membangunkan budaya ilmu dikalangan masyarakat hingga membuka mata sebilangan rakyat melayu pada waktu itu untuk tampil kehadapan membaiki kepincangan struktur pemerintahan yang dijajah dan memperkenalkan idea Islam yang menepati cara hidup manusia. Kerana ketokohan yang beliau miliki ini,, Tok Kenali telah dianggap sebagai tokoh yang membawa pembaharuan dalam dunia melayu dan menjunjung Islam sebagai agen pelengkap gaya hidup umat Muhammad SAW. Walaubagaimanapun, penglibatan beliau dalam kumpulan politik tidak begitu menonjol sebagaimana pejuang reformasi Islam yang lain. Beliau mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengubah corak pemikiran masyarakat gugusan melayu pada waktu itu dengan menubuhkan institusi pondok dan beliau diantara tokoh yang begitu serius dalam membangunkan institusi ini samada di Kelantan dan di tempat lain.