PENGARUH KEPIMPINAN DAN MODAL SOSIAL ORGANISASI TERHADAP AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DI SEKOLAH

Authors

  • Adz Jamros Jamali

Keywords:

Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC), Kepimpinan Organisasi Pembelajaran, Modal Sosial Organisasi

Abstract

Prestasi tinggi kepimpinan organisasi pembelajaran dalam kalangan guru besar mampu memantapkan amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru melalui pengupayaan modal sosial organisasi. Kajian terdahulu menunjukkan kepimpinan yang berprestasi tinggi selama ini kurang mendorong amalan komuniti pembelajaran profesional kerana keakraban modal sosial organisasi tidak dioptimum untuk tujuan berkenaan. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meninjau peranan kepimpinan organisasi pembelajaran guru besar dan modal sosial organisasi terhadap amalan komuniti pembelajaran profesional di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan yang melibatkan 476 orang responden yang dipilih menggunakan kaedah persampelan berkelompok pelbagai tahap berstrata. Sementara itu, instrumen kajian diadaptasi daripada soal selidik kepimpinan organisasi pembelajaran, soal selidik modal sosial organisasi dan soal selidik penanda aras amalan komuniti pembelajaran profesional. Data inferensi dianalisis menggunakan prosedur Importance-Performance Matrix Analysis (IPMA) melalui perisian SmartPLS Versi 3.2.9. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Kepimpinan Organisasi Pembelajaran berada pada tahap prestasi yang tinggi tetapi kepentingan dalam meningkatkan tahap amalan Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah adalah rendah. Manakala kepentingan Modal Sosial Organisasi dalam meningkatkan tahap amalan Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah adalah tinggi sedangkan prestasinya berada pada tahap rendah. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan agar guru besar memainkan peranan sebagai pemimpin organisasi pembelajaran dalam melonjakkan prestasi modal sosial organisasi untuk memastikan amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru lebih mantap di sekolah masing-masing.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Adz Jamros Jamali. (2024). PENGARUH KEPIMPINAN DAN MODAL SOSIAL ORGANISASI TERHADAP AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DI SEKOLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 4(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/800