PERANAN SEKOLAH DALAM MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH DI KAWASAN SUB-BANDAR
Keywords:
Budaya Membaca, Pelajar, Sekolah Rendah, Peranan SekolahAbstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan sekolah dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan sekolah dalam memupuk budaya membaca pelajar sekolah rendah dan mengenal pasti faktor yang menghalang pemupukan budaya membaca pelajar sekolah rendah. Pendekatan kualitatif telah dipilih dengan menggunakan kajian kes sebagai metodologi kajian. Kaedah pemerhatian telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan peranan sekolah dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar masih boleh diperbaiki untuk menjadikan budya membaca sebagai salah satu budaya sekolah. Ini kerana kurangnya perhatian terhdap aspek minat membaca akan menyebabkan institusi sekolah tidak dapat membentuk pelajar sekolah menjadi pelajar yang berbudaya membaca. Pihak sekolah perlu melihat dari pelbagai sudut dalam membentuk budaya membaca di sekolah. Implikasi adalah tabiat membaca pelajar memerlukan perubahan melalui pelbagai pendekatan termasuk program galakan membaca sepanjang tahun, penyediaan koleksi bahan bacaan, usaha guru dan kemudahan capaian maklumat yang lebih baik.