FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DASAR PERTAHANAN MALAYSIA ERA TUN MAHATHIR MOHAMAD 1981-2003
Keywords:
Pertahanan, Self-Reliance (Berdikari), Faktor Dalaman (Internal Factor), Faktor Luaran (External Factor) dan IdiosinkrasiAbstract
Semenjak dari tahun 1957, Malaysia telah membangunkan Dasar Pertahanan Negara (DPN) agar keselamatan dan kedaulatan negara terjamin.VKetika era Mahathir, dasar pertahanannya cenderong kepada bentuk self-reliance (berdikari) dan berubah coraknya iaitu menaik,dimana sebelum pentadbirannya ianya berbentuk dependency (bergantungan) dan neutrality serta bercorak mendatar. Di gelanggang antarabangsa, suara Tun begitu bergema bagi menyuarakan aspirasi Negara Dunia Ketiga dan komitmen yang ditunjukkan melebihi pemimpin yang lain. Self-reliance di bawah pentadbiran Tun Mahathir menjadikan aspek dasar pertahanan Malaysia bertambah moden sehingga Tun Mahathir menjadi rujukan dan perhatian diseluruh dunia terutamanya Negara Dunia Ketiga. Tiga faktor utama yang mempengaruhi dasar pertahanan Malaysia Ketika era Tun Mahathir Mohamad 1981-2003 yang akan dibincangkan, iaitu faktor dalaman factor), faktor luaranVdan faktor idiosinkrasi Tun Mahathir Mohamad yang menjadikan aspek keselamatan dan dasar pertahanan Malaysia bertambah moden dan ‘gah’ dipersada antarabangsa.