KOMITMEN MALAYSIA DALAM KONFLIK ISRAELPALESTIN: 1957-2014

Authors

  • Nurul Fatihah Yusoff Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Azlizan Mat Enh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Zubaidah Vp Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keywords:

Malaysia, Palestin, Israel, Amerika Syarikat, Dasar Luar, Konflik

Abstract

Artikel ini membincangkan pendirian dan komitmen Malaysia dalam dasar luarnya berhubung konflik Israel-Palestin. Dasar luar Malaysia berhubung dengan konflik IsraelPalestin iaitu mengutamakan keselamatan dan keamanan di rantau Asia Barat atau Timur Tengah. Aspek yang lebih penting ialah komitmen Malaysia terhadap usaha membebasan bumi Palestin dari penaklukan dan penindasan rejim zionis Israel yang disokong kuat oleh kuasakuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Britain. Walaupun pelbagai proses runding damai telah diadakan antara Israel dan Palestin namun begitu penyelesaian yang konkrit belum dapat dicapai secara mutlak. Objektif yang ingin dicapai ialah menganalisis faktor yang mendorong Malaysia untuk terlibat dalam konflik Israel-Palestin. Metodologi yang digunakan ialah penyelidikan sumber primer di Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL). Hasil kajian mendapati Malaysia terlibat dalam konflik tersebut adalah atas faktor kemanusiaan sejagat dan agama Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-07-17

How to Cite

Nurul Fatihah Yusoff, Azlizan Mat Enh, & Zubaidah Vp Hamzah. (2019). KOMITMEN MALAYSIA DALAM KONFLIK ISRAELPALESTIN: 1957-2014 . INTERNATIONAL JOURNAL OF POLITICS, PUBLIC POLICY AND SOCIAL WORK (IJPPSW), 1(1), 01–11. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijppsw/article/view/152