PILIHAN DESTINASI PENGAJIAN PELAJAR ANTARABANGSA LUAR NEGARA: PENGARUH KEINSTITUSIAN

Authors

  • Irma Wani Othman Universiti Malaysia Sabah
  • Herlina Jupiter Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Safuan Yusoff Universiti Malaysia Sabah
  • Hasbullah Awang Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Pelajar Antarabangsa, Pengaruh Institusi, Pemilihan Destinasi Pengajian

Abstract

Usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi menerusi program promosi dan pemasaran Malaysia sebagai hab pendidikan pengajian tinggi antarabangsa telah ditekankan menerusi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Hal ini kerana, kemasukan pelajar antarabangsa ke dalam negara bukan sahaja membantu pertumbuhan ekonomi tetapi kemahiran, keupayaan penyelidikan tertinggi, pelbagai idea dan penyelesaian inovatif daripada pelajar antarabangsa tersebut mampu menyumbang kepada peningkatan nilai sesebuah universiti yang bertaraf antarabangsa. Kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti motif dan faktor institusi yang mempengaruhi keputusan pelajar antarabangsa dalam pemilihan destinasi pengajian di luar negara. Selain itu, perancangan strategi pemasaran dan promosi universiti dalam merealisasikan usaha peningkatan pelajar antarabangsa turut dibincangkan dengan melihat perkaitannya dengan faktor institusi. Adalah menjadi harapan agar kajian ini memberi idea dan maklumat berguna kepada universiti dalam mencapai status “world class university” disamping memperbaiki tahap kualiti pengajian tinggi negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-04

How to Cite

Irma Wani Othman, Herlina Jupiter, Muhammad Safuan Yusoff, & Hasbullah Awang. (2024). PILIHAN DESTINASI PENGAJIAN PELAJAR ANTARABANGSA LUAR NEGARA: PENGARUH KEINSTITUSIAN. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 2(3). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/1218