IMPAK PELANCONGAN DESA KE ATAS PEMBANGUNAN KOMUNITI SETEMPAT

Authors

  • Rohayu Ab. Majid Universiti Teknologi MARA Shah Alam
  • Rosli Said Universiti Malaya
  • Noraliza Basrah Universiti Teknologi MARA Shah Alam
  • Norbaya Ab Rahim Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Keywords:

Pelancongan Desa, Pembangunan Komuniti, Kebudayaan, Ekonomi, Sosial, Persekitaran

Abstract

Kegiatan pelancongan desa (PD) semakin hari semakin giat diusahakan. Penganjuran pelbagai program dan aktiviti yang menarik dalam kegiatan pelancongan desa ini telah mencetus satu fenomena yang begitu hebat kepada masyarakat luar. Namun keberlangsungan kegiatan ini secara tidak langsung memberikan impak yang pelbagai ke atas masyarakat setempat sama ada negatif ataupun positif. Kertas penyelidikan ini adalah bertujuan melihat sejauh mana kesan ini wujud terhadap sebuah kawasan pelancongan desa di daerah Kuala Selangor, Malaysia. Menerusi rangka kerja teori, empat komponen impak utama telah diwujudkan dan menghasilkan 26 elemen impak kecil. Sebanyak 200 responden telah ditemubual bagi melihat sejauh mana kegiatan perlancongan desa memberi impak kepada komuniti setempat. Hasil kajian menunjukkan 21 elemen adalah signifikan dengan catatan korelasi pada profail demografik komuniti. Secara keseluruhannya, impak kebudayaan lebih ketara berbanding impak ke atas ekonomi, sosial dan persekitaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-17

How to Cite

Rohayu Ab. Majid, Rosli Said, Noraliza Basrah, & Norbaya Ab Rahim. (2024). IMPAK PELANCONGAN DESA KE ATAS PEMBANGUNAN KOMUNITI SETEMPAT. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 4(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/1555