MEMBANGUNKAN KRITERIA PENUNJUK PENILAIAN KUALITI HIDUP PERUMAHAN BAGI MASYARAKAT BANDAR
Keywords:
Keselesaan, Perumahan, Rekabentuk Dalaman, Bandar, Termal, Kualiti HidupAbstract
Perbandaran merupakan proses pembadaran yang berlaku di seluruh dunia. Bandar-bandar di Malaysia turut mengalami mengalami ledakkan pembangunan ini. Ekoran pertambahan penduduk di bandar dan keperluan kepada penyediaan pelbagai infrastruktur telah menimbulkan pelbagai isu yang mengugat kesejahteraan hidup di bandar. Isu keselesaan perumahan di bandar kerap dibincangkan di media massa dan para pengkaji bandar. Isu utama adalah ketidakselesaan penduduk mendiami rumah mereka. Pada hari ini aspek keselesaan dalaman dan luaran perumahan kurang dititik beratkan oleh para pemaju. Oleh yang demikian, kupasan dalam penulisan ini adalah untuk mencadangkan beberapa kriteria penunjuk penilaian kualiti hidup perumahan yang boleh dibunakan sebagai penilaian kualiti hidup penduduk di bandar. Keselesaan perumahan seperti luaran rumah iaitu merangkumi ketersampaian penduduk bandar (dari rumah) kepada kemudahan yang disediakan dan landskap. Manakala dari segi dalaman rumah meliputi rekabentuk dan juga keselesaan termal. Daripada penilaian awal ini, diharapakan keselesaan penghuni bandar terhadap perumahan mereka akan diambilkira sebagai kriteria penilaian kualiti hidup mereka di bandar pada masa-masa akan datang.