ANALISIS FAKTOR PETUNJUK KELESTARIAN PELANCONGAN

Authors

  • Hon Suat Hoon Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Er, A.C. Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurul Fadilah Mohd. Nawi Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pelancongan Lestari, Analisis Faktor, Petunjuk Kelestarian Ekonomi, Sosial Dan Alam Sekitar

Abstract

Pelancongan lestari merupakan sejenis aktiviti pelancongan yang berterusan memulihara, menyediakan pelbagai kemudahan di kawasan yang mempunyai tarikan pelancong, sama ada berkaitan dengan alam sekitar atau kebudayaan, serta memodenkan struktur sosial di kawasan tersebut sehingga menjadi satu aktiviti ekonomi yang berupaya menyumbang kepada pendapatan negara, di samping meningkatkan taraf hidup komuniti setempat. Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor petunjuk kelestarian di dalam bidang pelancongan. Temubual berdasarkan satu set borang soal-selidik telah dilakukan dengan 125 orang responden di Ranau, Sabah. Analisis faktor menghasilkan lima faktor petunjuk kelestarian ekonomi (petunjuk perbelanjaan pelancong terhadap penginapan, petunjuk penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatan, petunjuk tarikan pelancongan, petunjuk asal-usul pelancong, serta petunjuk industri berkait dan sokongan), tiga faktor petunjuk kelestarian sosial (petunjuk kemudahan infrastruktur dan prasarana, petunjuk pemuliharaan tradisi dan budaya, serta petunjuk pengurusan dan pemuliharaan), dan dua faktor petunjuk kelestarian alam sekitar (petunjuk pendidikan alam sekitar dan kursus latihan dan petunjuk penyelidikan dan penguatkuasaan).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-17

How to Cite

Hon Suat Hoon, Er, A.C., & Nurul Fadilah Mohd. Nawi. (2024). ANALISIS FAKTOR PETUNJUK KELESTARIAN PELANCONGAN. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 5(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/1594