HUBUNG KAIT KESANGGUPAN UNTUK MEMBAYAR (WTP) DAN RUANG KELIARAN PELANCONG DI KUNDASANG -RANAU, SABAH

Authors

  • Jabil Mapjabil Universiti Malaysia Sabah
  • Kasim Mansur Universiti Malaysia Sabah
  • Gaim Lunkapis Universiti Malaysia Sabah
  • Harifah Mohd Noor Universiti Malaysia Sabah
  • Badariah Ab Rahman Universiti Malaysia Sabah
  • Najib Bahari Universiti Malaysia Sabah
  • Nabila Farysha Dering Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Kesanggupan Untuk Membayar, Ruang Keliaran Pelancong, Status Perjalanan

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk meneliti tentang hubung kait kesanggupan untuk membayar dan ruang keliaran pelancong di Kundasang-Ranau, Sabah. Pendekatan kajian yang digunakan adalah penilaian dan kajian kes. Kajian ini melibatkan penggunaan kaedah kuantitatif melalui tinjauan borang soal selidik terhadap 150 orang responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti status perjalanan pelancong ke destinasi pelancongan terpilih di Kundasang-Ranau adalah ditetapkan secara persendirian iaitu 131 orang responden (87.3%). Manakala status perjalanan ke destinasi pelancongan yang ditetapkan oleh pakej pelancongan seramai 11 orang responden (7.3%) dan yang ditetapkan oleh organisasi atau institusi pula adalah seramai lapan orang (5.3%). Seramai 105 responden (70%) menyatakan bahawa harga yuran masuk ke destinasi pelancongan adalah mempengaruhi keputusan mereka untuk menentukan destinasi pelancongan yang mereka kunjungi. Seterusnya, kriteria utama yang diambil kira oleh pelancong untuk memilih destinasi pelancongan adalah memilih destinasi yang belum pernah mereka kunjungi iaitu seramai 59 orang (59.3%). Hasil kajian turut mendapati ruang keliaran pelancong bukan semata-mata dipengaruhi oleh kesanggupan pengunjung membayar ke satu-satu destinasi yang dikunjungi tetapi turut dipengaruhi oleh jenis status perjalanan yang dipilih.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-17

How to Cite

Jabil Mapjabil, Kasim Mansur, Gaim Lunkapis, Harifah Mohd Noor, Badariah Ab Rahman, Najib Bahari, & Nabila Farysha Dering. (2024). HUBUNG KAIT KESANGGUPAN UNTUK MEMBAYAR (WTP) DAN RUANG KELIARAN PELANCONG DI KUNDASANG -RANAU, SABAH. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 5(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/1597