POTENSI BANDAR TAIPING SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN WARISAN DI PERAK
Abstract
Kewujudan pelbagai monumen dan bangunan yang dibina sejak awal tahun 1900an perlu dipelihara dan dipulihara sebagai tarikan pelancongan warisan. Taiping adalah antara bandar yang berpotensi untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan warisan yang popular di negari Perak. Untuk itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis dan kategori pelbagai bangunan dan monumen yang berpotensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan warisan di bandar ini; meneliti persepsi penduduk tempatan terhadap potensi Taiping serta mencadangkan strategi dan langkah untuk memelihara dan memulihara warisan di bandar berkenaan. Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan terdapat pelbagai monumen dan bangunan lama yang berpotensi dijadikan sebagai tarikan pelancongan warisan, antaranya Rock Garden, Pagoda Cina, Stesen F.M.S, Hotel Peking, stesen kereta api, Rest House 1894, menara jam, Muzium Perak dan First Galeria. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian agar hasrat menjadikan bandar Taiping sebagai tarikan pelancongan warisan adalah tahap kebersihan dan keceriaan persekitarannya, penyediaan kemudahan asas, pengekalan dan pemuliharaan struktur binaan tapak warisan, aspek promosi serta tahap keselamatan di kawasan berkenaan. Pelbagai strategi dan langkah yang dicadangkan untuk menjadikan Taiping sebagai destinasi tumpuan pelancongan warisan yang popular di Perak khususnya dan Malaysia amnya.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Jabil Mapjabil, Noorziah Mohd Salleh, Yogeswary a/p Paramaswaran, Datu Razali Datu Eranza, Mazdi Marzuki, & Rosmiza M.Z. (2024). POTENSI BANDAR TAIPING SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN WARISAN DI PERAK. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(23). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2382
Issue
Section
Articles