KRISIS JAMINAN KERJA DALAM SEKTOR PERHOTELAN TERHADAP HASRAT UNTUK BERHENTI KERJA SEMASA PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Samihah Suhail School of Business Management, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Norsiah Mat School of Business Management, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Zuraida Hassan School of Business Management, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Kemunculan wabak COVID-19 di Malaysia pada awal tahun lalu telah menyebabkan industri pelancongan dihimpit dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan statistik semasa bagi tahun 2019 yang merekodkan peningkatan ketibaan pelancong asing sebanyak 2.7 peratus, dengan pertambahan pendapatan sebanyak 6.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Bagaimanapun, sektor pelancongan negara mengalami kemerosotan teruk dalam peratusan kedatangan pelancong asing akibat penularan wabak COVID-19. Krisis COVID-19 merupakan satu krisis baru yang melanda industri perhotelan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kesuraman industri pelancongan sekaligus menjejaskan bilangan pengunjung dan pelancong yang menetap di hotel. Ini kerana Malaysia adalah salah satu negara yang diterajui oleh pelancongan yang industri perhotelan merupakan penyumbang utama kepada KDNK keseluruhan ekonomi negara. Ini mengakibatkan banyak hotel di Malaysia terpaksa ditutup sementara atau gulung tikar. Untuk rekod, sebanyak 109 hotel terpaksa di tutup pada tahun 2020. Berdasarkan data daripada Persatuan Hotel Malaysia pada tahun 2020, sebanyak 542 orang bersamaan 3 peratus pekerja diberhentikan kerja, manakala 20 peratus (3,641) diminta untuk mengambil cuti tanpa gaji dan sebanyak (2,880) 16 peratus telah menghadapi pemotongan gaji. Di pihak pengurusan hotel, langkah pemotongan gaji, pemberhentian ganjaran dan pembuangan pekerja adalah sebahagian tindakan drastik yang terpaksa dilakukan bagi memastikan kelangsungan perniagaan. Namun, pendekatan ini dilihat sebagai tidak wajar kepada golongan pekerja sektor perhotelan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan jaminan kerja terhadap hasrat untuk berhenti kerja semasa pandemik COVID-19. Data kajian ini melibatkan responden daripada negeri Kedah. Populasi bagi kajian ini seramai 1,230 orang pekerja yang bekerja di 40 hotel di Kedah. Daripada populasi sasaran, 291 pekerja telah dikenal pasti melalui persampelan kluster. Selain itu, data untuk kajian ini dikutip menggunakan borang soal selidik yang diedarkan manakala untuk proses analisis data pula menggunakan aplikasi Statistical Packages for Social Science (SPSS). Hasil analisis mendapati jaminan kerja tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap hasrat untuk berhenti kerja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Samihah Suhail, Norsiah Mat, & Zuraida Hassan. (2024). KRISIS JAMINAN KERJA DALAM SEKTOR PERHOTELAN TERHADAP HASRAT UNTUK BERHENTI KERJA SEMASA PANDEMIK COVID-19. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2386