ANCAMAN DAN KESEDARAN PELANCONG WANITA TERHADAP ASPEK KESELAMATAN SEMASA PERCUTIAN DI KOTA KINABALU

Authors

  • Jabil Mapjabil Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah
  • Nurbaiti Mohd Hamiza Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
  • Rosmiza M.Z Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanu
  • Mazdi Marzuki Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohamad Pirdaus Yusoh Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu
  • Jeannet Stephen Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Datu Razali Datu Eranza Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah
  • Nor-Ina Kanyo Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah
  • Christina Andin Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
  • Noorziah Mohd Salleh Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Kampus Sabah

Abstract

Isu mengenai jaminan dan keselamatan pelancong bukan merupakan perkara yang baharu, tetapi kajian mengenai ancaman dan kesedaran pelancong wanita terhadap keselamatan mereka masih kurang dan terhad. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk (i) mengenal pasti jenis dan faktor ancaman keselamatan yang menjadi kebimbangan pelancong wanita semasa melancong di sesebuah bandar dan (ii) meneliti kesedaran mereka terhadap aspek keselamatan ketika melancong di bandar berkenaan. Dalam konteks kajian ini, lokasi yang dipilih adalah bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik. Untuk itu, seramai 93 orang responden dipilih secara rawak dari kalangan pelancong wanita yang berkunjung ke bandaraya ini. Dapatan kajian menunjukkan jenis ancaman keselamatan diragut atau dirompak mencatatkan peratusan kebimbangan yang paling tinggi, diikuti dengan ancaman diculik dan dirogol. Seterusnya, terdapat dua faktor utama yang menjadi ancaman kepada pelancong wanita ketika melancong di bandar, iaitu faktor lokasi dan kesesakan kawasan pelancongan. Untuk situasi keselamatan ketika melancong, skor min ‘sangat tinggi’ adalah apabila wujudnya kehadiran pegawai keselamatan atau polis yang bertugas di kawasan pelancongan. Manakala, situasi yang mencatatkan skor min ‘rendah’ adalah apabila berjalan di kawasan tumpuan pelancong pada waktu malam. Untuk aspek kesedaran pelancong wanita terhadap aspek keselamatan ketika melancong, dapatan kajian menunjukkan wanita lebih mementingkan keselamatan semasa melancong di tempat baharu. Mereka juga berasa takut apabila didekati oleh peminta sedekah semasa bercuti di Kota Kinabalu. Sebagai rumusannya, dapatan kajian ini adalah penting dan relevan kepada pihak pemegang taruh yang terlibat secara langsung dalam meningkatkan ciri keselamatan di bandar yang akhirnya mampu menambahkan keyakinan pelancong khususnya wanita untuk melancong dengan rasa selamat dan seronok di bandaraya Kota Kinabalu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Jabil Mapjabil, Nurbaiti Mohd Hamiza, Rosmiza M.Z, Mazdi Marzuki, Mohamad Pirdaus Yusoh, Jeannet Stephen, Datu Razali Datu Eranza, Nor-Ina Kanyo, Christina Andin, & Noorziah Mohd Salleh. (2024). ANCAMAN DAN KESEDARAN PELANCONG WANITA TERHADAP ASPEK KESELAMATAN SEMASA PERCUTIAN DI KOTA KINABALU. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2389