KOMUNITI ORANG ASLI HULU BEHRANG: KAJIAN AWAL
Abstract
Kajian yang dilaksanakan ini adalah untuk melihat profil dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di Hulu Behrang, Tanjung Malim. Sebanyak 11 buah kampung Orang Asli di Hulu Behrang telah terlibat yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu berdekatan, sederhana dekat dan jauh dari jalan raya utama. Kajian yang dijalankan menggunakan set soal selidik dan responden dipilih secara rawak mudah. Analisis menggunakan peratus dan diterangkan secara deskriptif. Sebanyak 369 soal selidik telah dijawab oleh responden. Dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan lokasi kampung Orang Asli sudah lengkap dengan kemudahan asas menyebabkan mereka terdedah dengan masyarakat arus perdana. Pendapatan bulanan masih rendah iaitu 70 peratus berada di garis kemiskinan tegar pendapatan bawah RM500 sebulan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohd Syariefudin Abdullah, Nurulsaidah Abdul Rahim, Aisyah Mohamad Sharif, & Mohd Izwan Shahril. (2024). KOMUNITI ORANG ASLI HULU BEHRANG: KAJIAN AWAL. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2393
Issue
Section
Articles