STRATEGI PEMBANGUNAN KARAKTER DI KALANGAN ORANG ASLI DI MALAYSIA

Authors

  • Muhamad Jasri Ishak Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan, Perak

Abstract

Orang asli di Malaysia merupakan salah satu kumpulan bumiputera yang ketinggalan di belakang dalam pembangunan negara. Pelbagai usaha dan peruntukan dari kerajaan mahupun bukan kerajaan telah disalurkan. Namun orang asli masih lagi tidak mampu berdikari sendiri. Kajian ini menjelaskan sikap dan karakter yang ada pada masyarakat orang asli dan mencadangkan strategi membangunkan karakter agar segala program pembangunan yang dirancang dapat menghasilkan kejayaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumen secara deskriptif. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa karakter negatif orang asli dapat diatasi dengan mencetuskan keyakinan diri (self efficacy) dalam diri mereka. Strategi pembangunan karakter mereka perlu bermula dari pendidikan di peringkat sekolah lagi. Orang asli yang telah berjaya dijadikan role model dalam setiap program yang hendak dilaksanakan. Selain itu, strategi juga perlu melibatkan keluarga dan ketua kampung sebagai pendorong karakter yang baik. Kajian ini dapat menyumbang kepada perkara asas dalam melaksanakan program pembangunan orang asli di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Muhamad Jasri Ishak. (2024). STRATEGI PEMBANGUNAN KARAKTER DI KALANGAN ORANG ASLI DI MALAYSIA. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2394