PERBANDINGAN ELEMEN SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDG) DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE-10 DAN KE-11

Authors

  • Sahul Hamid Mohamed Maiddin Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Khairi Ariffin Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Pada 2015, semua anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai Agenda PBB 2030 bagi Pembangunan Mampan (Agenda 2030) yang menetapkan 17 Matlamat Pembangunan Mampan untuk dicapai menjelang 2030. Malaysia turut mengalu-alukan dan menerimanya. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan perbandingan penerapan elemen SDG dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10, 2011-2015) dan Kesebelas (RMK-11, 2016-2020). Walaupun pelan RMK-10 dirancang sebelum pengenalan SDG secara rasmi, Malaysia sudahpun mengambil langkah menerapkan elemen yang diperkenalkan dalam SDG pada 2015 itu dan melaksanakan dengan jayanya. Artikel ini kemudian membincangkan pelan RMK-11 yang mengadaptasi secara rasmi elemen SDG tersebut. Walau bagaimanapun, RMK-11 agak terkesan pada penghujungnya kerana Malaysia dilanda wabak Covid-19 pada awal 2020. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepada terbitan dan laporan rasmi kerajaan, artikel akhbar dalam talian, buku dan artikel jurnal. Kajian ini mendapati bahawa elemen SDG diterapkan lebih awal daripada pengisytiharan rasmi oleh PBB pada 2015, namun selepas 2015 ia disusun dengan lebih sistematik dalam pelan RMK-11.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Sahul Hamid Mohamed Maiddin, & Khairi Ariffin. (2024). PERBANDINGAN ELEMEN SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDG) DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE-10 DAN KE-11. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2395