FAKTOR-FAKTOR GELANDANGAN DI BANDAR RAYA KUALA LUMPUR: ANTARA ADVOKASI VERSUS PARADOKS

Authors

  • Junaidi Abu Bakar Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia
  • Norazlan Hadi Yaacob Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia
  • Suharmili Rosle Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri

Abstract

Kajian ini menilai sejauh manakah kesahihan advokasi-advokasi oleh pelbagai pihak mengenai faktor-faktor yang membawa kepada masalah gelandangan di Malaysia. Penilaian ini dibuat berdasarkan kajian lapangan, penyertaan sosial dan temubual intensif dengan individu-individu gelandangan di lokasi-lokasi (hot sports) seperti di Bandar Raya Kuala Lumpur. Kajian ini menolak advokasi-advokasi lazim yang menyatakan bahawa faktor-faktor gelandangan di Malaysia berpunca dari faktor ekonomi seperti sewa kediaman yang mahal, kesukaran mendapat pekerjaan serta bayaran gaji yang murah. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama yang menghasilkan gejala gelandangan di Malaysia adalah disebabkan oleh masalah mental. Sehubungan itu, kajian ini diharap dapat menimbulkan kesedaran kepada pelbagai pihak bahawa usaha untuk menangani masalah gelandangan di Bandar Raya Kuala Lumpur tidak harus menggunakan pendekatan ekonomistik semata-mata, sebaliknya ia harus ditangani melalui pendekatan psikologi-sosiobudaya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Junaidi Abu Bakar, Norazlan Hadi Yaacob, & Suharmili Rosle. (2024). FAKTOR-FAKTOR GELANDANGAN DI BANDAR RAYA KUALA LUMPUR: ANTARA ADVOKASI VERSUS PARADOKS. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2396