VAKSINASI DALAM MENENTANG COVID-19: ANCAMAN KESIHATAN AWAM
Abstract
COVID-19 telah memberi impak yang besar terhadap tahap kesihatan manusia dan perkembangan ekonomi seluruh dunia. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP fasa 1-4) mulai 18 Mac sehingga 12 Mei 2020 dan PKP Bersyarat (PKPB fasa 5) bermula 13 Mei sehingga 9 Jun 2020. Manakala PKP 3.0 telah mula berkuatkuasa mulai 28 Mei hingga 7 Jun 2021 dan disambung sehingga Julai 2021. Langkah ini bertujuan mencegah penularan jangkitan COVID-19 dan memulihkan negara dengan segera. Seterusnya usaha menentang COVID-19 diteruskan dengan Strategi Pelan Pemulihan Negara yang bermula pada 10 Ogos 2021 dengan menetapkan empat fasa dan melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat. Sehingga 18 Ogos 2021, jumlah jangkitan keseluruhan COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,466,512 orang dan jumlah kematian sebanyak 13,302 orang telah dicatatkan dari tahun 2020. Manakala jumlah kes aktif masih tinggi iaitu 254,484 kes. Objektif pertama kajian ini, membincangkan ancaman COVID-19 terhadap kesihatan manusia. Kedua, meneliti trend jangkitan COVID-19 dan ketiga, menganalisis proses pemberian vaksin di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu data sekunder dengan mengambil data dari atas talian. Hasil kajian mendapati C0VID-19 telah mengancam kesihatan manusia sehingga mengakibatkan jangkitan dan kematian dalam jumlah yang besar. Justeru sebagai solusi semasa seperti negara-negara lain di seluruh dunia, kerajaan Malaysia turut mengambil inisiatif penggunaan vaksin dalam memerangi pandemik COVID-19 ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Tindakan ini amatlah bertepatan dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang ketiga iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan yang baik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Intan Suria Hamzah, & Noor Hadzlida Ayob. (2024). VAKSINASI DALAM MENENTANG COVID-19: ANCAMAN KESIHATAN AWAM. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2397
Issue
Section
Articles