MERAPATKAN JURANG DIGITAL DALAM PENDIDIKAN: DASAR DAN STRATEGI DI MALAYSIA

Authors

  • Noor Hadzlida Ayob Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidik
  • Intan Suria Hamzah Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidik
  • Mohd Amar Aziz Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Rau

Abstract

Pendidikan digital kini merupakan salah satu pemacu utama dalam perkembangan ekonomi negara. Penguasaan dalam kemahiran digital menjadi semakin penting di era revolusi industri 4.0, internet benda dan juga proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi. Walau bagaimanapun, kesemua agenda ke arah pembangunan digital ini dilihat hanyalah sebagai satu kenyataan retorik semata-mata sekiranya jurang digital masih meluas dalam negara. Justeru, artikel ini mengambil inisiatif untuk merungkai dasar pendidikan digital yang telah diterapkan dalam negara dan juga mengenalpasti bagaimana strategi yang akan dilaksanakan bagi mengurangkan kadar jurang digital dalam pendidikan. Kejayaan dalam memastikan pengurangan kadar jurang digital adalah penting bagi meningkatkan lagi kadar fasih digital dan sekaligus memupuk proses inovasi dalam masyarakat. Penekanan terhadap aspek pendidikan digital ini juga dilihat selaras dengan matlamat pembangunan lestari ke-4 iaitu mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dan juga matlamat ke-10 iaitu mengurangkan ketidaksamaan. Perbincangan kertas konsep ini seterusnya membuka cadangan kepada kajian baharu terhadap aspek penambahbaikan dasar dan strategi yang perlu dititikberatkan dalam merapatkan jurang digital negara di masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Noor Hadzlida Ayob, Intan Suria Hamzah, & Mohd Amar Aziz. (2024). MERAPATKAN JURANG DIGITAL DALAM PENDIDIKAN: DASAR DAN STRATEGI DI MALAYSIA. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2398