PENGETAHUAN DAN AMALAN KITAR SEMULA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Authors

  • Zullyadini A. Rahaman Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 3590
  • Asyirah Abdul Rahim Geoinformatic Unit, Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,

Abstract

Pelajar di institusi pengajian tinggi merupakan golongan yang dapat dipupuk dengan amalan gaya hidup lestari semasa tempoh pembelajaran mereka di kampus. Penglibatan dalam program dan amalan mesra alam yang diperolehi di kampus akan dibawa ke dalam komuniti yang seterusnya. Matlamat atau motivasi individu merupakan nilai yang dapat mendorong perubahan pengetahuan kepada tindakan oleh seseorang. Kajian ini telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap amalan kitar semula dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seterusnya, perkaitan antara pengetahuan dan amalan kitar semula dalam kalangan 376 pelajar UPSI telah dikaji dengan menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan analisis SPSS. Konstruk instrumen mempunyai nilai kebolehpercayaan α = 0.750. Seramai 256 responden perempuan dan 120 responden lelaki telah menjawab borang soal selidik yang telah disediakan. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar UPSI dalam linkungan umur 18 hingga 26 tahun. Selain itu, responden juga mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza iaitu diploma (21.5%), sarjana muda (73.4%) dan sarjana (5.1%). Hasil kajian mendapati, tahap pengetahuan pelajar UPSI terhadap kitar semula adalah tinggi dengan Min Keseluruhan sebanyak 4.344. Berdasarkan kepada sisihan piawai dan skor min, majoriti responden mempunyai tahap amalan kitar semula yang tinggi dengan Min Keseluruhan sebanyak 4.145. Walau bagaimanpun, perkaitan antara pengetahuan dan amalan kitar semula memberikan korelasi yang lemah dengan nilai 0.141. Kesimpulannya, meskipun pelajar UPSI mempunyai tahap pengetahuan kitar semula yang tinggi namun, ia tidak merupakan faktor pendorong kepada amalan tersebut dalam kalangan pelajar. Keadaan ini menunjukkan adanya keperluan kepada perubahan strategi pelaksanaan program kitar semula di kampus dengan turut menekankan aspek lain seperti motivasi diri dan sosial serta nilai-nilai sejagat untuk kesejahteraan kehidupan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Zullyadini A. Rahaman, & Asyirah Abdul Rahim. (2024). PENGETAHUAN DAN AMALAN KITAR SEMULA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2403