HUBUNGAN ANTARA MODAL INSAN DENGAN PEMERKASAAN SOSIAL PESERTA PROJEK YAYASAN SEJAHTERA DI MALAYSIA
Abstract
Artikel ini membincangkan hubungan antara modal insan peserta projek Yayasan Sejahtera yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dengan pemerkasaan sosial. Modal insan merupakan antara isu yang diberi perhatian kerana ia merupakan komponen asas dan bentuk usaha dalam mencapai matlamat pembangunan komuniti secara mampan. Pembentukan pemerkasaan sosial komuniti merupakan satu proses yang kompleks yang mengkehendakkan komuniti itu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjana potensi yang ada dalam komuniti dan digunakan untuk mengawal selia aktiviti komuniti yang memberi anjakan bersesuaian dengan kemampuan komuniti. Kajian ini merupakan kajian survei dengan pengumpulan data menggunakan borang soal selidik. Teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam pemilihan responden daripada 13 projek di ketiga-tiga negeri iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak. Sebanyak 305 responden terlibat dalam kajian ini dengan pengumpulan data secara berperingkat mengikut kawasan projek dan negeri. Umumnya, dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang siginifikan dan sederhana dalam hubungan modal insan dan pemerkasaan sosial peserta projek. Ini menunjukkan bahawa pembangunan yang berfokuskan modal insan dapat meningkatkan kecekapan, keupayaan, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan ahli komuniti yang dapat digambarkan sebagai perubahan kemanusiaan. Perubahan ini mampu memberi kesan kepada keupayaan individu untuk mengekalkan hubungan sosial dalam konteks kehidupan mereka melalui hubungan antara peserta lain dalam kalangan projek yang terlibat, hubungan yang dibina dengan pihak agensi projek dan hubungan dengan pihak-pihak atau badan-badan luar agensi. Pembentukan pemerkasaan komuniti merupakan satu proses yang kompleks yang mengkehendakkan komuniti itu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjana potensi yang ada dalam komuniti. Pemerkasaan yang terbina mampu mempertahankan hak komuniti dan tidak mudah dipersenda, dimanipulasi mahupun ditipu oleh mana – mana pihak.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Sara Shakilla Mohd Salim, & Muhammad Nur Aizuddin Norafandi. (2024). HUBUNGAN ANTARA MODAL INSAN DENGAN PEMERKASAAN SOSIAL PESERTA PROJEK YAYASAN SEJAHTERA DI MALAYSIA. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2404
Issue
Section
Articles