PEMBANGUNAN MODEL KHIDMAT KOMUNITI PENDIDIKAN ATAS TALIAN (ONLINE EDUCATION COMMUNITY SERVICE - OECS) BERORIENTASIKAN SULAM (SERVICE LEARNING MALAYSIA - UNIVERSITY FOR SOCIETY)
Abstract
Penulisan ini mencadangkan pembangunan Model Khidmat Komuniti Pendidikan Atas Talian (OECS) Berorientasikan SULAM (Service Learning Malaysia - University For Society). Tujuannya adalah untuk memenuhi keperluan aktiviti khidmat komuniti pelajar yang tidak dapat dijalankan secara bersemuka ekoran keterbatasan pergerakan dalam situasi pandemik Covid-19. Cadangan dalam penulisan ini dibangunkan berasaskan dapatan kaedah kualitatif menerusi tinjauan literatur berkaitan aspek khidmat komuniti dalam kalangan pelajar. Bagi merealisasikan pembangunan model dihasratkan, beberapa metodologi kajian serta kaedah persampelan dicadangkan dalam penulisan ini. Antaranya adalah agar kaedah Kajian Rekabentuk dan Pembangunan (Design and Development Research - DDR Approach) dilaksanakan untuk membangunkan model. Ia boleh dijalankan secara berfasa menerusi fasa analisis keperluan, fasa rekabentuk komponen model serta fasa pembangunan model. Fasa analisis keperluan melibatkan kajian kepustakaan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Fasa rekabentuk komponen model meliputi kaedah temubual separa berstruktur bersama pelajar, pensyarah serta ahli komuniti manakala kaedah soalselidik hanya melibatkan responden dari kalangan pelajar. Data kaedah temubual dicadangkan untuk dianalisis menggunakan perisian Nvivo manakala data kaedah soalselidik kajian rintis serta kajian sebenar dianalisis menggunakan perisian SPSS. Fasa pembangunan model kemudian diadakan melibatkan bengkel konsensus pakar menggunakan kaedah Teknik Fuzzy Delphi Method (FDM) berpandukan dapatan yang dimurnikan dari fasa pertama dan kedua kajian. Seterusnya dapatan fasa pembangunan model dianalisis menggunakan perisian Excel. Hasil penulisan ini diharap dapat menghasilkan satu cadangan pembangunan Model Khidmat Komuniti Pendidikan Atas Talian (OECS) Berorientasikan SULAM (Service Learning Malaysia - University For Society) selaras dengan hasrat pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menekankan kombinasi di antara hasil pembelajaran kursus dengan aspek khidmat komuniti dalam menghasilkan pelajar bersifat holistik. Dengan kata lain, pelajar berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di universiti bersama anggota masyarakat dalam usaha menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai Pusat Kecemerlangan (Centres of Excellence) ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 selain memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs - Sustainable Development Goals) dalam usaha menjana aspek Pendidikan Berkualiti (Quality Education).Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Habibah Artini Ramlie, & Norshahrul Marzuki Mohd. Nor. (2024). PEMBANGUNAN MODEL KHIDMAT KOMUNITI PENDIDIKAN ATAS TALIAN (ONLINE EDUCATION COMMUNITY SERVICE - OECS) BERORIENTASIKAN SULAM (SERVICE LEARNING MALAYSIA - UNIVERSITY FOR SOCIETY). JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2406
Issue
Section
Articles