BANGUNAN HIJAU DI MALAYSIA: FAEDAH PEMBANGUNAN DAN CABARAN TERKINI
Abstract
Bangunan hijau merupakan satu pendekatan yang diambil untuk mengurangkan kesan terhadap alam persekitaran, masyarakat dan ekonomi. Kira-kira 20 tahun yang lalu, terdapat peningkatan yang pesat tentang kajian bangunan hijau. Artikel ini bertujuan untuk memberi pengenalan, faedah yang diperoleh serta cabaran dan halangan dalam melaksanakan bangunan hijau di terutamanya di Malaysia. Ini kerana, negara Malaysia masih lagi ketinggalan berbanding negara membangun yang lain dari segi pengurusan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa cabaran dan halangan dalam melaksanakan pendekatan bangunan hijau. Antaranya adalah dengan menggunakan kemudahan mesra alam. Selain itu, kos pembinaan yang tinggi, halangan mentaliti daripada rakyat, sikap tidak peduli dan negatif terhadap produk dan amalan mesra alam serta kekurangan sumber kewangan, kekurangan kepakaran dan tenaga kerja. Kertas ini juga memberi gambaran tentang pembangunan hijau dan bagaimana untuk mengatasi cabaran dan halangan serta kebaikan yang boleh diperoleh hasil daripada pembangunan hijau ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Azizul Ridhuan Wahid, & Wan Nadzri Osman. (2024). BANGUNAN HIJAU DI MALAYSIA: FAEDAH PEMBANGUNAN DAN CABARAN TERKINI. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2429
Issue
Section
Articles