PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN INSTITUSI KELUARGA MELALUI AKTIVITI SUKAN MEMANAH TRADISIONAL
Abstract
Pemilihan gaya hidup sihat melalui sukan amat dianjurkan untuk menambahbaik kualiti kehidupan ke arah kesejahteraan dan kesihatan. Aktiviti yang dijalankan secara individu mahupun secara berkelompok mampu memberi manfaat fizikal dan spiritual. Sukan memanah tradisional merupakan salah satu jenis sukan yang releven pelaksanaannya merangkumi semua aspek penyertaan iaitu secara individu atau berkelompok, tidak terhad kepada faktor umur juga jantina. Tinjauan semasa sesi latihan dan pertandingan sukan ini sepanjang tempoh tahun 2019 hingga 2021 mendapati bahawa sukan memanah tradisional menunjukkan trend penglibatan dan penyertaan yang semakin menggalakkan dalam kalangan masyarakat. Penglibatan masyarakat secara berkeluarga serta situasi pandemik yang bermula sejak 2019 sehingga 2021 menampakkan pelbagai isu kesihatan yang terkait dengan kurang mengamalkan gaya hidup sihat serta tumpuan mendepani dunia digital yang seolah menjadi kekangan untuk individu mahupun keluarga terlibat dengan sukan dan riadah juga menjadi asas pengkajian ini dilaksanakan. Terdapat pebagai kajian lepas mengenai penglibatan sukan secara berkeluarga dan impaknya dalam kehidupan, di samping kajian impak sukan memanah terhadap kualiti kesihatan telah membuktikan kebaikan dan manfaat sukan ini. Gesaan wahyu juga menjadi pencetus bagi peminat sukan memanah dalam kalangan muslim untuk turut menyemarakkan lagi kehebatan sukan memanah. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif memfokuskan reka bentuk kajian temubual, kajian perpustakaan dan pemerhatian. Hasil kajian tinjauan mendapati penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan memanah tradisional secara kelompok iaitu menerusi institusi keluarga sangat menggalakkan. Seterusnya melihat impaknya ke arah kesejahteraan dan kesihatan institusi keluarga yang bersepadu antara jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kajian ini juga berpotensi membuka peluang kepada masyarakat mendekati ilmu memanah secara teori dan praktis, serta menjadi motivasi pengamalan gaya hidup sihat secara berkeluarga.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Jamalia Aurani, Nadiyah Hashim, Ahmad Fikri Mohd Kassim, Ahmad Dzulkarnain Ismail, & Siti Maryam Abdul Wahab. (2024). PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN INSTITUSI KELUARGA MELALUI AKTIVITI SUKAN MEMANAH TRADISIONAL. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2476
Issue
Section
Articles