MOBILITI SOSIAL DAN KUALITI HIDUP KOMUNITI NELAYAN PULAU: KAJIAN KES DI PULAU AMAN, PULAU PINANG

Authors

  • Mohd Syariefudin Abdullah Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Nurul Nadia Mohd Hashim Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Siti Aisyah Mohd Zain Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mohd Rahimi Ramli Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Malaysia.

Abstract

Mobiliti sosial adalah satu proses perubahan atau pergerakan seseorang atau sesuatu kelompok daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam sesebuah masyarakat. Kualiti hidup pula merujuk kepada keselesaan hidup dalam persekitaran kehidupan. Artikel ini membincangkan mobiliti sosial dan kualiti hidup dalam kalangan komuniti nelayan pulau di Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang. Kajian ini ingin melihat pola mobiliti sosial dan tahap kualiti hidup komuniti nelayan di Kampung Pulau Aman. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan set soalan kepada 52 responden yang terdiri daripada ketua keluarga. Hasil kajian mendapati mobiliti sosial komuniti nelayan Pulau Aman menunjukkan mobiliti sosial menegak dalam semua dimensi yang dikaji, iaitu pendidikan, pekerjaan dan pendapatan. Mobiliti sosial pendidikan menunjukkan peningkatan peratus mobiliti menegak yang paling tinggi. Sementara itu, dalam aspek kualiti hidup pula responden menunjukkan dapatan yang positif kepada semua dimensi yang dikaji dengan nilai min antara 2.72 hingga 4.58 di mana dimensi persekitaran pekerjaan (4.58) adalah mewakili nilai min tertinggi sementara dimensi keselamatan awam (2.72) adalah yang paling rendah. Hasil dapatan ini boleh dijadikan panduan kepada pihak berkenaan dalam membaiki kualiti kehidupan masyarakat nelayan Pulau Aman.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Syariefudin Abdullah, Nurul Nadia Mohd Hashim, Siti Aisyah Mohd Zain, & Mohd Rahimi Ramli. (2024). MOBILITI SOSIAL DAN KUALITI HIDUP KOMUNITI NELAYAN PULAU: KAJIAN KES DI PULAU AMAN, PULAU PINANG. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2495