PEMBANGUNAN KERANGKA TEORITIS BAGI BINA-TEMPAT PELANCONGAN TAPAK WARISAN DUNIA BANDARAYA MELAKA
Abstract
Bina-tempat pelancongan merupakan satu proses menjadikan sesuatu ruang kepada destinasi yang berkualiti. Destinasi tapak warisan dunia menawarkan tarikan warisan kepada komuniti-pelancong kerana yang mempunyai nilai sejagat tersendiri. Komuniti merupakan sebahagian daripada tarikan warisan yang ada. Penglibatan komuniti amat penting dalam menjayakan agenda pelancongan pada setiap destinasi. Tambahan perubahan motivasi pelancong menjadikan penglibatan pelancong turut diperlukan dalam proses bina-tempat pelancong. Bina-tempat destinasi pelancongan secara konvensional dibangunkan melalui pihak kerajaan iaitu melalui pendekatan atas-bawah yang mana faktor keperluan pelancong diutamakan berbanding komuniti yang menghuni destinasi pelancongan. Justeru, berlaku konflik daripada segi pengurusan yang menjejaskan interaksi di antara komuniti dan pelancong akibat tiada penglibatan komuniti. Hal ini akan menyebabkan berlakunya penawaran pengalaman yang berkualiti tidak selari dengan status tapak warisan dunia. Oleh yang demikian penglibatan komuniti dan pelancong yang berterusan diperlukan bagi mengekalkan status yang diperolehi. Makalah ini bertujuan untuk membina membangunkan kerangka teoritis bina tempat pelancongan tapak warisan dunia. Kerangka teoritis menekankan empat komponen bagi proses bina-tempat pelancongan iaitu interaksi tempat, karakter tempat, keterikatan tempat, dan pengalaman tempat yang didasari teori sistem pelancongan. Kesimpulannya, penglibatan bersama dalam proses bina-tempat pelancongan memberi kesan terhadap komuniti dan pelancong. Implikasi kajian ini memberi panduan pada dasar dan pengurusan di TWD Bandaraya Melaka.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohamad Kazar Razali, Habibah Ahmad, Er Ah Choy, & Hamzah Jusoh. (2024). PEMBANGUNAN KERANGKA TEORITIS BAGI BINA-TEMPAT PELANCONGAN TAPAK WARISAN DUNIA BANDARAYA MELAKA. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2499
Issue
Section
Articles