PERKEMBANGAN INSTITUSI MUZIUM EROPAH DALAM MEMPENGARUHI KEWUJUDAN MUZIUM DI MALAYSIA

Authors

  • Mohd Syafiq Zaini Pascasiswazah, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.
  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.
  • Sharifah Darmia Sharif Adam Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.

Abstract

Muzium memainkan peranan yang penting dalam menjaga dan memulihara segala artifak berkaitan sejarah lampau mahu pun warisan dan budaya sesebuah peradaban masyarakat. Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kaya dengan pelbagai warisan dan budaya, maka institusi muzium memainkan signifikan yang penting dalam menjaga warisan pengetahuan tersebut bagi generasi akan datang. Namun, masih ada segelintir individu dalam kalangan masyarakat masih menganggap bahawa institusi muzium tidak memberikan signifikasi yang positif dalam sosial masyarakat. Pemikiran ini boleh terjadi akibat daripada dasar pembentukan muzium di Malaysia yang dikawal oleh pemikiran kolonial suatu ketika dahulu. Institusi muzium mengalami perubahan mengikut peredaran masa ke arah positif dalam menghasilkan sebuah pengurusan yang terbaik dalam menjaga pengetahuan terhadap sejarah lampau. Perkembangan muzium di peringkat Eropah dilihat telah mempengaruhi kemasukan ideologi bidang permuziuman di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis terhadap data- data kajian terhadap sejarah perkembangan muzium di peringkat dunia sehingga ia dibawa masuk oleh kolonial British ke Malaysia pra merdeka. Tumpuan kajian memfokuskan kepada bagaimana dan apakah pengaruh yang dibawa oleh barat dalam institusi muzium di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa, falsafah Renaissance yang di amalkan oleh orang Eropah sekitar abad ke-14, telah menggesa mereka keluar berlayar ke lautan dan menerokai wilayah lain. Ini secara tidak langsung menjurus kepada penjajahan ke atas wilayah bukan Eropah. Dalam konteks kolonial British, kedatangan mereka menjajah Tanah Melayu tidak bertangan kosong, malah membawa masuk ilmu kolonial yang kemudiannya menjadi dasar kepada pembentukan institusi muzium di Malaysia. Namun, pentafsiran artifak, sejarah, warisan dan budaya yang bersifat euro-centric, menyebabkan berlakunya perlaksanaan dekolonisasi muzium selepas pasca merdeka. Ini bertujuan agar suatu sejarah tempatan dapat ditafsirkan dengan betul menerusi sudut pandang serta pengetahuan masyarakat tempatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Syafiq Zaini, Mohd Sohaimi Esa, Saifulazry Mokhtar, & Sharifah Darmia Sharif Adam. (2024). PERKEMBANGAN INSTITUSI MUZIUM EROPAH DALAM MEMPENGARUHI KEWUJUDAN MUZIUM DI MALAYSIA. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2502