FAKTOR PEMILIHAN PELANCONG TERHARAP SEKTOR PERKHIDMATAN TERPILIH SEMASA BERKUNJUNG KE KOTA KINABALU, SABAH

Authors

  • Mohamad Pirdaus Yusoh Institut Kajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Nurul Izzah Ismail Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Ang Kean Hua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohd Jirey Kumalah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang penentuan faktor pemilihan pelancong terhadap sektor perkhidmatan terpilih semasa berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat empat sektor perkhidmatan terpilih yang menjadi tumpuan pelancong antaranya sektor penginapan, sektor pengangkutan, sektor makanan dan minuman serta sektor beli-belah. Secara umumnya, kajian mengenai faktor pemilihan pelancong terhadap sektor perkhidmatan ini masih kurang dan sangat terhad di kaji oleh penyelidik. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri pemilihan pelancong di Kota Kinabalu. Kaedah kajian yang digunakan adalah kuantitatif. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 280 orang pelancong domestik yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Hasil kajian mendapati faktor yang paling utama mempengaruhi pelancong dalam melakukan pemilihan terhadap sektor perkhidmatan adalah faktor harga atau kos yang paling murah dan berbaloi iaitu sebanyak 24 peratus. Manakala faktor layanan pula mencatatkan nilai yang sederhana dengan 10 peratus dan faktor privasi mencatatkan nilai yang terendah dengan hanya 6 peratus. Hal ini jelas menunjukkan bahawa harga atau kos merupakan faktor utama yang mempengaruhi ciri pemilihan pelancong domestik di Kota Kinabalu. Isu peningkatan harga barangan ketika ini juga telah mengurangkan kuasa beli isi rumah terutamanya melibatkan golongan B40 serta sebahagian kelompok M40. Hal ini sekaligus menyebabkan mereka terpaksa mengubah corak perbelanjaan seperti memilih atau menggunakan barang atau perkhidmatan yang murah kerana mereka kini terpaksa membuat perancangan sebelum berbelanja. Penentuan faktor ini membolehkan pihak pemegang taruh dalam sektor pelancongan dapat menentukan tawaran pakej atau perkhidmatan yang sesuai kepada para pelancong khususnya pelancong domestik. Oleh itu, kefahaman terhadap ciri pemilihan pelancong terhadap sektor perkhidmatan ini penting dalam perkembangan industri pelancongan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohamad Pirdaus Yusoh, Nurul Izzah Ismail, Ang Kean Hua, & Mohd Jirey Kumalah. (2024). FAKTOR PEMILIHAN PELANCONG TERHARAP SEKTOR PERKHIDMATAN TERPILIH SEMASA BERKUNJUNG KE KOTA KINABALU, SABAH. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 7(30). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2510