IMPLIKASI PANDEMIK COVID-19 TERHADAP USAHAWAN PELANCONGAN SKALA MIKRO DI DAERAH RANAU, SABAH

Authors

  • Thaddeus Peter Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Ang Kean Hua Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Lindah Roziani Jamru Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Ridzuan Abd Gafor Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia

Abstract

Pelancongan di Malaysia masih menjadi penyumbang pendapatan ketiga terbesar selepas industri perkilangan dan petroleum. Pelancongan boleh dikatakan satu-satunya alternatif sektor industri yang boleh memperkenalkan sesuatu tempat menarik yang tersorok di sesuatu tempat sehingga ke peringkat dunia. Secara tidak langsung, keadaan ini mampu menjana pendapatan dan mengurangkan jurang kemiskinan dalam kalangan penduduk tempatan. Kajian penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji implikasi pandemik COVID-19 terhadap pelancongan berskala mikro di daerah Ranau, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual yang berlangsung pada Oktober hingga Disember 2021. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam kalangan pengusaha pelancongan mikro di daerah Ranau mendapati kebanyakkan daripada mereka amat terkesan dengan Pandemik COVID-19 ini. Di samping itu, kajian ini juga berjaya mengumpul dan menemukan beberapa dapatan penting berhubung dengan impak pandemik COVID-19 terhadap usahawan pelancongan skala mikro di Ranau, Sabah. Kesimpulannya, walaupun pelbagai kekangan yang perlu dihadapi oleh penyelidk, namun penyelidik tidak putus asa terutama dalam mendapatkan informan-informan yang sudi untuk ditemubual secara online oleh penyelidik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Thaddeus Peter, Ang Kean Hua, Lindah Roziani Jamru, & Ridzuan Abd Gafor. (2024). IMPLIKASI PANDEMIK COVID-19 TERHADAP USAHAWAN PELANCONGAN SKALA MIKRO DI DAERAH RANAU, SABAH. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 7(30). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2511