ADAPTASI PENGUSAHA BOT PUKAT TUNDA DALAM KELANGSUNGAN EKONOMI SEPANJANG TEMPOH PANDEMIK COVID-19 DI TANAH MERAH, SANDAKAN

Authors

  • Ridzuan Asri Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.
  • Ang Kean Hua Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.
  • Dg Junaidah Awang Jambol Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Mohammad Al Amir As Khairullah Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.

Abstract

Aktiviti bot pukat tunda merupakan salah satu kegiatan aktiviti penangkapan hidupan laut bagi memenuhi keperluan makanan laut di pasaran dan adalah sebuah industri yang amat penting kerana aktiviti perikanan adalah sub-sektor pertama yang menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun, kewujudan pandemik COVID-19 telah menjadi cabaran besar bagi sektor perikanan bukan sahaja di Malaysia malahan di negara luar. Oleh itu, kajian ini memfokuskan tentang isu berkaitan pandemik COVID-19 dengan aktiviti perusahaan bot pukat tunda dalam kalangan pengusaha iaitu nelayan di Sandakan. Kajian ini dijalankan adalah bagi mengetahui persepsi dan pengalaman pengusaha bot pukat tunda, serta mengkaji adaptasi yang diambil oleh pengusaha bot pukat tunda bagi mengatasi kesan pandemik COVID-19 terhadap kelangsungan ekonomi mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melibatkan kaedah temubual mendalam dengan beberapa orang informan iaitu pengusaha bot pukat tunda di Sandakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi dan pengalaman yang ditunjukkan oleh pengusaha bot pukat tunda adalah dibahagikan kepada tiga iaitu sebelum pandemik, semasa pandemik dan selepas iaitu berbentuk pengalaman dan hasil dapatan didapati hampir keseluruhan responden kajian memberikan persepsi yang sama mengenai impak pandemik kepada mereka. Objektif kedua adalah bentuk adaptasi yang diambil iaitu terdapat dua bentuk utama, pertama adalah berdasarkan pengalaman lepas iaitu pengusaha beradaptasi dengan impak pandemik ini menggunakan pengetahuan dan pengalaman lepas dan membuat persediaan bagi menghadap sebarang kemungkinan jika peristiwa tersebut berlaku; dan kedua adalah dengan bentuk amalan iaitu langkah yang biasa diambil bagi mengatasi impak tesebut sepanjang tempoh pandemik. Kesimpulannya, kajian selanjutnya yang mengenai keberkesanan bantuan daripada pihak kerajaan dalam membantu golongan nelayan adalah amat diperlukan. Hal Ini kerana faktor-faktor bantuan kerajaan adalah berhubungkait dengan bentuk adaptasi yang diambil oleh pengusaha bot di Tanah Merah, Sandakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ridzuan Asri, Ang Kean Hua, Dg Junaidah Awang Jambol, & Mohammad Al Amir As Khairullah. (2024). ADAPTASI PENGUSAHA BOT PUKAT TUNDA DALAM KELANGSUNGAN EKONOMI SEPANJANG TEMPOH PANDEMIK COVID-19 DI TANAH MERAH, SANDAKAN. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 7(30). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2513