CABARAN DAN INISIATIF USAHAWAN PELANCONGAN SKALA MIKRO DALAM MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19 DI DAERAH RANAU, SABAH
Abstract
Pelancongan boleh dikatakan salah satu alternatif sektor industri yang menyumbang pendapatan keada Negara Malaysia serta berkeupayaan untuk memperkenalkan sesuatu tempat menarik yang tersorok di sesuatu tempat sehingga ke peringkat dunia. Secara tidak langsung, keadaan ini mampu mengurangkan jurang kemiskinan dalam kalangan penduduk tempatan. Kajian penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji inisiatif usahawan pelancongan skala mikro dalam menanganinya di Daerah Ranau, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam kalangan pengusaha pelancongan mikro di daerah Ranau mendapati kebanyakkan daripada mereka amat terkesan dengan Pandemik COVID-19 ini. Di samping itu, kajian ini juga berjaya mengumpul dan menemukan beberapa dapatan penting berhubung dengan cabaran-cabaran serta inisiatif-inisiatif yang perlu dihadapi oleh usahawan pelancongan skala mikro dalam menangani pandemik COVID-19 di Daerah Ranau, Sabah. Kesimpulannya, walaupun pelbagai kekangan yang perlu dihadapi oleh penyelidk, namun penyelidik tidak putus asa terutama dalam mendapatkan informan-informan yang sudi untuk ditemubual secara online oleh penyelidik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Thaddeus Peter, Ang Kean Hua, Mohamad Pirdaus Yusoh, & Ridzuan Abd Gafor. (2024). CABARAN DAN INISIATIF USAHAWAN PELANCONGAN SKALA MIKRO DALAM MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19 DI DAERAH RANAU, SABAH. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 7(30). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2514
Issue
Section
Articles