DI SEBALIK IDEA DAN PENGARUH MUSEOLOGI DALAM INSTITUSI PERMUZIUMAN DUNIA DAN MALAYSIA

Authors

  • Mohd Syafiq Zaini Pascasiswazah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Museologi secara dasarnya merupakan satu bidang pengajian merujuk kepada institusi permuziuman. Dari aspek sejarah serta falsafah asasnya, matlamat serta dasar dan fungsi mereka sama ada dari sudut pendidikan, politik atau pun peranan sosial. Museologi boleh dikatakan satu disiplin yang abad baru di mana meluas sebahagian besarnya adalah produk intelektual abad ke-20. Namun demikian, dikenal pasti kewujudan fahaman Museologi ini sekurang-kurangnya pada sejak abad ke-17 di mana perkembangan idea museologi ini dilihat ketara muncul telah terjalin seiring dengan perkembangan awal muzium. Dalam tempoh masa itu, museologi telah membantu perkembangan institusi muzium sama ada dari segi konsep ataupun dari aspek pengurusan muzium. Perubahan muzium daripada institusi yang hanya tertumpu kepada pemuliharaan dan pemulihan koleksi artifak sahaja, kini mereka berorientasikan masyarakat (community oriented), menjadi ruang pameran dan platform untuk dialog dan komunikasi secara umum bersama para pengunjung. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis terhadap data-data kajian perkembangan museologi dalam bidang permuziuman. Tumpuan kajian memfokuskan kepada definisi, latar belakang serta apakah signifikan dan pengaruh museologi dalam institusi muzium di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa museologi memberikan signifikan dari aspek teoretikal dan praktikal muzium. Amalan praktikal menjadi keutamaan dalam pengurusan kerja muzium melahirkan golongan profesional dalam bidang muzium manakala teoretikal yang ada akan berperanan sebagai kritikan yang diperlukan untuk melaksanakan penambahbaikan dan panduan terhadap pengurusan muzium sagar fungsi muzium sebagai institusi warisan khazanah dapat terlaksana dengan baiknya. Selain itu, museologi juga telah menerapkan pemikiran kritis terhadap isu-isu sosial dan politik. Di dalam konteks Malaysia, museologi telah menggesa penyingkiran segala pengaruh kolonial di dalam institusi muzium melalui perlaksanaan dekolonisasi selepas negara mengecapi kemerdekaan. Kemudiannya merubah muzium daripada bersifat kolonialisme, kini telah dijadikan sebagai alat untuk pembangunan bangsa dalam menyatupadukan masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Syafiq Zaini, Mohd Sohaimi Esa, Saifulazry Mokhtar, & Irma Wani Othman. (2024). DI SEBALIK IDEA DAN PENGARUH MUSEOLOGI DALAM INSTITUSI PERMUZIUMAN DUNIA DAN MALAYSIA. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 7(30). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2516